Sunday 27 October 2013

Sedikit perkongsian daripada Seminar Business Startup yang diadaptasi daripada Syarikat Mindvalley yang bermula dengan peruntukan RM2000 tanpa berhutang dengan mana mana agensi dan kini sudah menjana jualan RM50 juta.


Pagi ahad, 27hb Oktober 2013 menyaksikan 4 orang panel hebat yang menyampaikan perkongsian mereka sewaktu lawatan berbayar mereka (RM995 seorang) ke mindvalley.  

Oh ya, sebenarnya.. saya mendaftarkan diri ke seminar ini adalah bagi tujuan membaikpulih perniagaan yang ada dan juga sebagai 'rewards' bagi diri saya sendiri.  Perkongsian yang amat baik dan menyedarkan saya betapa kaedah yang digunapakai dalam pengurusan mindvalley ini boleh juga diadaptasi dalam institusi keluarga kita.  Pengurusnya Vishen, menyediakan ruang perpustakaan dan juga persekitaran yang memberangsangkan bagi memudahkan timnya membuat sebarang kajian ataupun rujukan.  Beliau juga membina sikap membaca di kalangan tim tim beliau.  Ini dapat dilihat apabila tuan Zamri Mohamad (salah seorang panel) menunjukkan photo bagi setiap ruang kerja timnya, terdapat sekurang kurangnya sebuah buku di atas meja mereka. Apa yang menarik lagi, tuan Vishen ini juga  memberikan peruntukan yang tiada limit (unlimited budget) bagi buku buku yang diperlukan oleh timnya seandainya buku yang diperlukan tiada dalam perpustakaan mereka.  Ini memang amat hebat!

Kami seakan tersedar... Sewaktu mengandungkan anak sulung, 15 tahun yang lalu kami sentiasa adakan peruntukan bagi mendapatkan bahan bacaan bermutu atau alat bantuan mengajar untuk permata hati kami sebab kami percaya, dengan ilmu... anak kami mampu pergi jauh.  Namun sejak mendapat Anas (anak ke 5) kami tidak menyediakan sebarang peruntukan untuk mendapatkan pelbagai buku yang bermutu tinggi di pasaran.  Buku yang ada, kami gunakan untuk adik adik Nureen Afiqah. . (Mungkin sebab dah berhenti kerja di pejabat; Gaji bulanan dah tak ada)  In Shaa Allah kami berazam untuk memberikan peruntukan yang sebaiknya setiap bulan bagi mendapatkan bahan bacaan bermutu buat kami sekeluarga.

Sebenarnya, memupuk minat membaca merupakan hobi yang boleh dikategorikan sebagai "mahal" namun percayalah, hasilnya tidak ternilai.  Sejak dalam kandungan, kami sering membaca al-Quran atau memperdengarkan janin dengan alunan ayat al-Quran.  Antara koleksi buku yang masih ada adalah set buku "Allah Makes Series".



Kami bacakan pada Nureen Afiqah waktu usianya hanya beberapa bulan pertama lahir ke dunia.  Orang keliling mempersendakan tindakan kami. (Mungkin mereka tidak tahu akan impaknya) Sehinggalah pada suatu malam kami bawa Afiqah keluar (1 tahun lebih usianya ketika itu) "Umi, moon! star!" tunjuk Afiqah ke langit.  Dan pada usianya 2 tahun sudah mula membaca surah surah lazim dan doa doa harian walaupun dalam pelat bahasa dia.  Subhanallah.  Apabila mendapat anak yang seterusnya, tugas mengajar kami jadi lebih mudah sebab Afiqah menyambung tugas kami dengan membacakan buku buku kepada adik adiknya pula.  Kesan daripada pendedahan awal ini juga, kami dapat lihat Afiqah merupakan pelajar yang cerdas dan pintar.  Hingga kini, Afiqah (14 tahun) masih merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.  Alhamdulillah

Kajian menunjukkan, +8% lebih positif dalam kehidupan harian apabila mereka mengamalkan budaya membaca

In Shaa Allah kami akan sambung perkongsian ini dengan "Vision Board" pula.  Nantikan.

Wednesday 23 October 2013

Mendidik Seorang Khalifah


Assalamualaikum wbr kepada para readers yang  dirahmati Allah swt dan dikasihi Nabi Muhammad saw

Buka facebook, banyak page yang menjual alat  pendidikan. Flash card Alif Ba Ta, Muqaddam Bergambar, VCD, mainan untuk minda, buku kanak-kanak dan lain-lain. Wah, menariknya, ada promosi pulak tu! Rasa nak miliki semua yang terbaik untuk anak anak.

Pernahkah anda  terfikir, apakah bentuk didikan asas yang anda mahu dedahkan kepada anak-anak yang masih kecil? anak anak yang merupakan masa hadapan negara kita?

Belajar mengaji dan hafazan?


Belajar solat dan asas fardhu ain?


Belajar mengenal huruf abc dan membaca buku?


Kemahiran  matematik seperti mengenal asas nombor dan perhitungan asas?



Atau SEMUANYA? Fikir fikirkan...

Syabas buat anda yang meraikan pendidikan awal untuk anak-anak.  Apa pun kaedah yang anda dedahkan kepada anak-anak, kuncinya adalah sabar. Jika anda telah berhabis beratus ringgit membeli itu ini untuk melihat kesan positif yang dijanjikan, tetapi hasilnya tidak seperti yang anda idamkan, maka sabarlah.  Kemahiran seorang kanak kanak itu adalah unik.  Ianya tidak sama antara individu.  Mungkin si G dapat hanya dengan sekali tunjukajar dan si B memerlukan 100 kali tunjukajar untuk mahir seperti G.  Si G mahir dari segi membaca namun si B mungkin lebih mahir dari segi visual ataupun matematik dan sebagainya.

Lain anak, lain kaedahnya dan tahap pencapaian mereka juga berbeza. Kenal pasti bagaimana anak anda belajar sesuatu perkara, contohnya dia lebih cepat faham jika melihat gambar, maka dia adalah visual learner, maka selitkan gambar yang sesuai ketika mengajarnya di rumah.


Fitrah anak-anak suka bermain dan tidak betah untuk duduk dan belajar.
Biarkan mereka bermain.  Bermainlah dengannya, sambil itu cuba selitkan didikan yang anda inginkan.

Alat bantuan mengajar, perlu ke?
===================

Cuba klik facebook anda, banyak tak page yang menjual alat bantuan mengajar?  Baguslah kerana seller seperti ini cuba memenuhi keperluan pendidikan kepada anak anak kita. Pastinya mereka juga seorang ibu yang ingin kongsikan manfaat produk produk tersebut.  Sebelum membeli fikirlah banyak-banyak kali, bayangkan anda tengah menggunakan produk tersebut pada anak-anak.  Buku buku ataupun alat bantuan mengajar yang berkualiti yang kita perlu peruntukkan untuk setiap anak anak kita sebenarnya agak 'costly'.  Namun itulah harga sebuah pengorbanan untuk melihat anak anak membesar dengan ilmu yang terbaik buat mereka hadapi kehidupan di dunia dan juga di akhirat nanti

Kalau rajin dan kreatif, boleh cuba buat sendiri di rumah. Google up!

Sekian. Didoakan anak-anak kita menjadi manusia yang berpendidikan dan bersifat khalifah, cemerlang di dunia dan juga di akhirat nanti. Aaminn.. aaminn. Ya Rabbal 'alamin