Showing posts with label Aktiviti Membaca. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Membaca. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

Assalamualaikum. 

Berita gembira buat ibubapa yang mempunyai anak anak berumur 3 tahun hingga 7 tahun.

Anak anak anda suka sangat dengan Upin Ipin ? 


Produk terbaru kami iaitu Smart Pen Upin Ipin boleh menarik minat anak anak untuk seronok belajar mengaji, belajar solat dan belajar bercerita melalui kamus bergambar. Buku buku yang dibaca oleh suara Upin Ipin ini pasti membuatkan anak anak anda teruja untuk belajar. Oh, bayi 6 bulan pun teruja dengar suara Upin Ipin.





 

Yang lebih best lagi beberapa bulan akan keluar Muqaddam Juzuk Amma yang dibaca oleh suara Upin Ipin dan lebih 20 tajuk buku kanak kanak yang dibaca oleh suara Upin Ipin.Malah Smart Pen ini juga boleh membaca poster, flashcard dan juga puzzles..nantikan kejutannya akan datang. Dapatkan sekarang Smart Pen Upin Ipin kerana produk ini menjadi rebutan anak anak tahun ini !

Dengan pembelian Pakej Smart Pen Upin Ipin, pelanggan anda akan dapat 8 produk iaitu:

1. Smart Pen Upin Ipin
2. USB Cable
3. Earpiece
4. Lanyard Upin Ipin
5. Buku Panduan Penggunaan Smart Pen Upin Ipin
6. Buku Al Muqaddimah Fasal 1
7. Buku Solat Upin Ipin
8. Kamus Bergambar Upin Ipin

Smart Pen Upin Ipin ini juga ada Warranty selama satu tahun. Apabila sampai produk ini kepada anda, sila rujuk panduan aktifkan warranty dalam kotak. Pastikan anda menyimpan pen dan kotak dengan baik kerana Smart Pen ini boleh TRADE IN kepada TAP GENIUS yang lebih canggih fungsinya !

Nak tengok video Bagaimana Smart Pen ini berfungsi ? Klik link ini untuk tonton sekarang https://www.youtube.com/watch?v=ZEkDG4kG8kE&feature=youtube_gdata_player

Ya, Smart Pen Upin Ipin adalah pelaburan untuk pendidikan anak anak yang sangat berbaloi...tak rugi memilikinya !

Sms/wassap "Smart Pen Upin Ipin" ke 019 6136177 sekarang!

Sms/wassap "Smart Pen Upin Ipin" ke 019 6136177 sekarang!

Tawaran hebat menanti ANDA.

Thursday, 26 September 2013

15 Minit Aktiviti Membaca

Jadikan 15 minit di bawah ini, 15 minit yang berkualiti bersama si kecil anda.

  • Dalam perjalanan, jadikan suasana ceria dengan mengajak  si kecil anda untuk membaca papan tanda seperti plat nombor pendaftaran kereta yang dapat dilihat di jalan raya. Anda juga boleh mengajar mereka menghitung jumlah kenderaan yang berada di jalan seperti sebuah lori besar dan lima buah kereta kecil.
  • Untuk para suri rumah, ambil peluang untuk membacakan buku cerita pendek kepada si kecil anda sebelum beliau tidur.
  • Mainkan VCD pembelajaran yang interaktif kepada si kecil anda.

  • Labelkan semua barangan yang ada di dalam bilik si kecil anda seperti pintu, tingkap, almari dan sebagainya. Kemudian, tampalkan pada objek tersebut

pic. google.com
  • Bawa bersama buku kegemaran anak-anak jika perlu ke suatu tempat dalam tempoh yang lama contohnya ke hospital di mana terpaksa menunggu dengan agak lama.
  • Membaca ketika memasak!  Tak percaya? Cubalah... Buka buku resepi kemudian minta si kecil anda membaca  langkah demi langkah resepi yang yang ingin dimasak pada waktu itu.  Pasti dia teruja!
  • Membeli belah dan membaca.  Ajak anak anda bacakan label pada barangan yang dijual di pasaraya. Sampai di rumah pula, ajak si kecil anda untuk menyimpan barangan mengikut label yang ada pada barangan yang dibeli.  Pasti si kecil anda seronok!
  • Buat ibu bapa berkerjaya pula, apakata setiap kali anda membaca sesuatu yang menarik di akhbar atau majalah, bawa pulang sisipan info atau gambar yang menarik itu untuk dikongsi bersama anak-anak.  Boleh juga buatkan nota kecil yang bertulis, "Ummi sayang Aisyah selalu" untuk ditinggalkan dalam poket baju yang dipakainya.
  • Si kecil anda tidak dapat untuk melelapkan mata?  Bacakan sahaja koleksi buku kegemarannya.
  • Bayi membaca buku? Belikan softbook dan beri peluang kepada bayi anda untuk memegang dan menggigit buku ini.  Jadikan ia hadiah yang paling menarik buat si manja anda.

pic. google.com


"Ya Allah, bantulah kami untuk mendidik anak anak kami agar mereka cemerlang di dunia mahupun di akhirat nanti"

Monday, 16 September 2013

Aktiviti Di Rumah - Membaca

Bagaimana Untuk Menjadikan Rumah Kita Mesra Pembaca
======================================

Alhamdulillah.. kami ada beberapa tip untuk buat ibu bapa muda yang ingin melihat budaya membaca bercambah pada anak-anak di rumah.

Antaranya :
  • Pilih waktu yang tenang seperti sebelum masuk tidur samada pada waktu siang atau malam untuk sesi membaca bersama anak. .  Pada waktu ini, otak manusia berada dalam keadaan theta.  Suasana ini adalah penting untuk otak menyerap apa yang dibaca atau dilihat oleh anak-anak untuk disimpan ke bahagian memori.
  • Pilihlah tempat yang selesa seperti di katil, kerusi yang empuk atau ruang bacaan yang selesa.
  • Sekali sekala biarkan si manja anda memilih bahan bacaan yang hendak anda bacakan untuknya.
  • Pegang buku itu dengan  posisi yang membolehkan anak anda melihat perkataan dan gambar dengan jelas. Pastikan anak tidak melihat buku yang dibaca dalam kedudukan yang terbalik.  Anak akan jadi lebih seronok jika anda  memberi peluang untuk dia membuka helaian muka surat untuk dibacakan.
  • Berikan masa untuk anak meneroka gambar gambar menarik yang terdapat pada mukasurat tersebut. Anda boleh mengambil peluang untuk boleh bercerita serba sedikit tentang gambar itu.                 Contoh: "Anas pergi ke kebun Atuk dengan abah. Ha, tengok! ada rama rama, pepatung, siput, dan sebagainya. Ini warna hijau; Ini warna oren, dan seterusnya. Ini bentuk segitiga, ini bentuk bulat, dan seterusnya."
  • Tunjukkan kepada anak-anak yang anda seorang pembaca! Kanak-kanak belajar dari kelakuan orang dewasa dalam rumah mereka. Ibu bapa adalah model terbaik untuk mereka ikuti/imitate.
  • Untuk anak-anak yang sudah menunjukkan minat untuk membaca (pre-reader), galakkan mereka untuk bacakan buku kepada anda.  Tidak mengapa jika mereka bercerita mengikut imaginasi sendiri berdasarkan gambar yang mereka lihat.  Ibu bapa hanya perlu menggalakkan anak-anak ini menggunakan ayat yang betul semasa bercerita.
  • Ajaklah si kecil anda untuk sama-sama menulis senarai barang untuk dibeli jika anda hendak ke pasaraya.  Masukkan juga senarai buku yang hendak dibeli.
  • Jadikan read aloud sebagai rutin harian kepada permata hati anda setiap hari.
Pengalaman peribadi:

Kami masih ingat pengalaman membacakan buku kepada anak sulung kami 14 tahun yang lalu. Kami bacakan koleksi "Allah Makes Series" kepada Nureen Afiqah, puteri kami sejak dia berusia beberapa hari di dunia ini.  Kalau kami perlu keluar untuk urusan di luar rumah, kami akan pastikan sebuah atau dua buah buku berada dalam beg persalinan anak kecil ini. 

Pada suatu malam ketika  usianya 1 tahun lebih, kami mendukung anak kecil ini keluar berjalan di luar rumah.  Tanpa diduga, anak kecil ini tiba-tiba bersuara,"Ummi, moon! Star!" seraya jari halusnya menunjuk kepada bulan dan bintang yang bersinar di langit malam.  
Subhanallah, segala pujian hanyalah untukMu Ya Allah!
Terasa seperti bulan dan bintang turut bersorak dan bertepuk tangan meraikan kejayaan puteri kami menzahirkan apa yang dibacanya dari buku. Sudah tentu kami amat gembira dan berbangga mendengar tiga patah perkataan yang keluar dari mulut comel itu.  
Peristiwa ini telah membakar keazaman kami untuk terus melatih pembaca cilik kami ini. Sejak peristiwa pada malam itu, kami tidak pernah berhenti membacakan buku-buku kepadanya.
Kami juga mengalunkan bacaan al-quran dengan suara yang kuat agar dapat didengari oleh anak- anak semenjak mereka di peringkat bayi lagi. Mereka juga diperdengarkan dengan bacaan al-quran daripada cd  kerana kami percaya alunan ayat-ayat suci al-quran ini mampu memberikan impak yang luar biasa kepada proses perkembangan anak-anak kami.