Masih belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Nabi Muhammad saw juga mengajarkan kita untuk mengucapkan "Taqabbalallahu minna waminkum" (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu). dan apabila kita menerima ucapan ini, kita hendaklah menjawab "Taqabbal ya kareem" (Terimalah wahai Yang Maha Memberi).
Pastinya raya anda amat meriah dengan ketupat, rendang, lemang dan pelbagai lagi juadah di hari raya. Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan buat kita semua.
Pada kesempatan ini juga, ibu bapa boleh menerangkan antara adab bertamu/berkunjung kepada anak anak kita sebelum melangkah keluar rumah. Ha.. kami juga terpaksa berulang ulang kali mengingatkan anak anak agar perbetulkan niat kita untuk pergi berhari raya ke rumah sanak saudara mahupun rakan rakan. Yang penting, apabila kita berkunjung ke rumah saudara mara adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrohim. Fadhilatnya amat besar daripada duduk menonton televisyen atau melayan pelbagai gajet yang sedia ada di rumah. Dapat duit raya merupakan satu bonus sahaja. Jangan sampai meminta minta. Jadilah orang yang sentiasa memberi. Ini perlu dididik sejak awal tumbesaran anak anak bagi mengelakkan salah faham. Mungkin kita boleh bantu anak anak dengan menanamkan dalam jiwa mereka untuk sentiasa menggembirakan hati insan lain. Percayalah, sesungguhnya Allah Yang Maha Agung pastinya akan memulangkan kegembiraan dalam diri kita! - memberi sebelum menerima
Haa...lagi satu! tunaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini. Banyak kelebihannya. Puasa bulan Syawal ni nak buat hari apa pun tidak mengapa. Nak selang sehari atau nak direct puasa 6 hari pun boleh.