Tuesday 30 July 2013

Doa ketika bertemu malam Lailatul Qadr

Bismillahhirrohmanirrohimm

In shaa Allah berikut adalah antara kelebihan lailatul-Qadr : (Surah Al-Qadr/97 : 1 - 5)

1. "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada alam kemuliaan (Lailatul-Qadr)
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3.Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."



Aisyah r.a bertanyakan Rasulullah saw; "Apakah yang harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?" Baginda saw menjawab :


(HR Tirmidzi)
Maka marilah kita sama sama memohon keampunan daripada Allah swt.  Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Sunday 28 July 2013

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN & DOA SEPULUH RAMADHAN TERAKHIR


Bismillahirrohmanirrohim.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

Cepatnya masa berlalu. Mahu atau tidak, kita kini sudah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan.  Sayu dan sedih rasa hati.  Tahun depan... apakah Allah masih beri kita peluang untuk bertemu dan meraikan Ramadhan?  Semoga Allah swt kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan usia kita semuanya.  Aameen

Tahukah anda?  Rasulullah saw memberi perhatian dan penjagaan yang istimewa untuk 10 malam terakhir ini.  Baginda saw akan melakukan ibadah yang beliau tidak lakukan di dalam 20 malam yang terdahulu seperti I'tikaf; hidupkan sepanjang malam Ramadhan dengan beribadah.

Aishah r.a berkata : "Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw lebih sibuk dan tekun; malam malamnya dipenuhi dengan beribadah, meninggalkan isteri isterinya, memperbanyakkan doa, dsb"  Para salaf juga meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi 10 malam terakhir ini umpama memecut pada meter terakhir dalam acara larian pecut.   Andaikata 10 malam Ramadhan terakhir ini sebagai satu perlumbaan, curahkanlah segala tenaga yang kita mampu, bersabar, berbicara dengan nafsu kita ..................  hanya 10 malam daripada 365 malam.  Rebutlah peluang terakhir ini dan cepa cepat buat I'tikaf, walaupun hanya satu malam.  I'tikaf bukan masanya untuk bersosial, tidur, bersembang kosong.  Ikutilah peraturan I'tikaf - abadikan diri hanya kepadaNya.  Banyak dugaan untuk bangun sorang sorang di tengah malam?  Alhamdulillah di Malaysia sekarang ini sudah banyak surau ataupun masjid masjid yang menganjurkan I'tikaf.  Ada juga surau atau masjid yang hanya mengkhususkan pada malam malam ganjil sahaja.  Ada juga yang masuk I'tikaf selepas waktu asar dan kembali ke tempat kerja atau rumah keesokan harinya selepas selesai solat subuh.  Amat memudahkan.  In Shaa Allah.  Sekiranya tidak dapat juga mengikuti I'tikaf, tidak mengapa, terimalah sebaik baik situasi yang telah Allah tentukan buat kita masing masing. Berdoalah sentiasa kepada Allah yang sentiasa merindui doa doa hamba-Nya.

Teruskanlah dengan beristighfar dengan kehadiran hati bukan sekadar bacaan di bibir.  Apabila Aishah r.a. bertanyakan Rasulullah saw;  "Apa yang harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?"  Baginda menjawab : "Allahumma innaka 'afwwun tuhibbul 'afwa fa 'fu 'annee".  Maksudnya; "Ya Allah, Allah Yang Maha Pengampun, ampunilah aku."  (H.R Tirmidzi-Hasan Sahih)

Marilah kita sama sama utamakan ibadah dan amal jariah. Mengapa?  Kerana keistimewaan Lailatul Qadr.................. ganjarannya sangat hebat!  Kita mengucapkan selamat tinggal Ramadhan dan tidak tahu bila kita akan berjumpa Ramadhan lagi.

DOA SEPULUH RAMADHAN TERAKHIR

"Ya Allah, sesungguhnya kami bertawassul kepadaMu dengan Nama Nama Mu Yang Baik dan Sifat SifatMu Yang Maha Tinggi. kiranya Engkau limpahkanlah kepada kami rahmatMu, KeberkatanMu, AmpunanMu dan TaufiqMu, Wahai Allah Yang Maha Pengasih"

"Ya Allah... selamatkanlah kami, ibubapa kami, anak anak kami, famili kami, rezeki kami dan selamatkanlah saudara saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu di manapun mereka berada, khususnya mereka yang sedang berjuang di negeri kami ini, wahai Allah Yang Maha Pengasih.
Ya Allah.... kami memohon redhaMu dan syurga dan kami mohon dilindungi dari murkaMu dan neraka.  Ya Allah... masukkanlah kami ke dalam golongan yang diberi taufiq untuk mendapat Lailatul Qadr.  Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau Suka kepada kemaafan.  Oleh itu, maafkanlah kesalahan kesalahan kami dan kesalahan kesalahan semua muslimin dan muslimat, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
Ya Allah... perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bimbinglah kami untuk mengikutinya dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah dan selanjutnya bimbinglah kami untuk menghindarinya.  Janganlah dijadikan yang benar dan yang salah itu samar samar bagi kami, yang menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang orang yang bertakwa.
Ya Allah...  Engkau Tuhan kami... oleh itu berilah kami sifat istiqamah.  Ya Allah... bantulah kami agar sentiasa ingat kepadaMu dan bantulah kami agar sentiasa syukur kepadaMu dan bantulah kami agar sentiasa memperbaiki ibadat kami kepadaMu.
Ya Tuhan kami... akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik dan janganlah Engkau akhiri hidup kami ini dengan akhir yang tidak baik"   (Ustz Abdullah Yassin)
Aameen aameen Ya Rabbal 'alameen.

Drama Sedih di Bulan Ramadhan


Salam ibu-ibu yang dikasihi Allah, disayangi Nabi saw dan didoakan oleh para malaikat.

Dialog comel di bawah ini kita biasa dengar, kan?

“Ibu, laparlah, nak makan.”
“Mak, lambat lagi ke nak buka puasa?”
“Ummi, nak air, abang tak tahan haus .”
“Ma, tengok adik tu! Dia tak puasa, minum air depan kakak pulak.”
“Mama, tahun depanlah kakak puasa ya, kakak kecik lagi.”
“Ibu, abang lupa abang puasa....” (sambil mengunyah gula-gula)

Ibu mana yang tidak teruja tatkala anak-anak kecil sudah mula menunjukkan minat untuk berpuasa. Terasa satu pencapaian besar sebagai seorang ibu apabila si anak berjaya menghabiskan puasa hingga ke waktu berbuka, apatah lagi jika si anak berjaya berpuasa sebulan penuh!

Tapi ya, bila waktu yang sesuai untuk melatih anak berpuasa?

Bergantung kepada kesediaan anak-anak dan kesedian si ibu sendiri. Ada yang bermula seawal empat tahun. Ada yang mula melatih anak berpuasa pada usia tujuh tahun seperti perintah melaksanakan solat pada usia tujuh tahun.

Eh, empat tahun! Melampau tu, kecik sangat budak tu!

Sabar, ini latihan bukan paksaan. Tanam minat untuk berpuasa dahulu. Pada usia ini pelbagai strategi boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep puasa pada anak-anak. Contohnya:

1) Latihan bangun sahur.
Kejutkan anak-anak untuk sama-sama bersahur walaupun mereka tidak berpuasa. Register pada minda mereka, puasa mesti sahur!

2) Latih mereka berpuasa bermula dengan masa yang lebih pendek.
Biar mereka berpuasa untuk satu jam dahulu. Kemudian tambah lagi satu jam jika mereka mampu. Dan tambah lagi jam berpuasa mengikut kemampuan anak-anak. Follow their pace!

3) Sediakan juadah kegemaran mereka ketika berbuka.
Reward untuk anak-anak yang gigih berpuasa datang dalam bentuk makanan yang mereka gemari. Tidak perlu upah duit contohnya RM10 untuk sehari berpuasa. Biarlah mereka rasa seronok berpuasa bukan kerana upah duit, tetapi kepuasan dapat berbuka selepas seharian berpuasa.

4) Sabar, sabar dan terus bersabar
Anak merengek dahaga.
Anak mengamuk lapar.
Anak guling-guling di lantai sambil mulut terkumat-kamit, “Lapar,lapar, lapaaarr....”
Anak bercucuran air mata menahan kelaparan, “Makanan....”
Anak berdrama swasta untuk menunjukkan dirinya yang haus dan lapar.

Kaedahnya, kita yang sabar.
Jangan cepatkan tangan untuk mencubit, dahulukan sabar walaupun hati si ibu semakin panas dengan adegan drama anak yang semakin menjadi-jadi.  Pujuk anak supaya tahan hingga akhirnya. Pujuk dengan perasaan kasih sayang.  Ajak anak beraktiviti untuk melupakan perasaan lapar dan dahaga seperti melukis, membuat kraf, membaca buku dan sebagainya.



Isi jiwa anak dengan tadarus al-Quran. Kenyangkan mindanya dengan pengisian rohani. Terangkan kepadanya mengapa perlu puasa, supaya dia faham bulan ramadhan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, tapi bulan untuk beribadah.  Tarik perhatian anak dengan bercerita kisah para nabi, kisah haiwan yang disebut dalam al-Quran dan sebagainya lagi.  Naikkan self-esteem anak dengan memuji usahanya yang berpuasa supaya dia lebih bermotivasi untuk meneruskan puasanya hingga ke waktu berbuka. Contoh dialog yang boleh digunakan:
“Ibu bangga anak ibu usaha untuk berpuasa walaupun cuaca hari ini panas. Nanti dapat banyaaak pahala, boleh masuk syurga.”
“Wah, hebatnya kakak dah puasa sampai pukul 5 petang. Ibu bangga kalau kakak dapat teruskan puasa sampai berbuka. Tak lama dah, dua jam je lagi.”

Apa strategi anda untuk melatih anak-anak untuk berpuasa? Ada tak yang sama dengan strategi di atas? Kalau sudi, boleh kongsikan di ruang komen ya.

P/S: Jangan biarkan anak anda sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Kenyangkan mindanya dengan pengisian rohani supaya anak faham mengapa perlu berpuasa. 

Tuesday 16 July 2013

Hamil, Menyusu, Puasa dan Rukhsah. Keliru?


Salam ibu-ibu yang dikasihi tuhan.

Adakah anda berpuasa pada hari ini dan juga hari-hari sebelumnya?


"Tak laratlah...."
"Ya rabbi, dahaga sangat...."

Pic: Google.com


Bagaimana anda berjaya berpuasa dengan keadaan anda hamil atau menyusukan dengan situasi berikut:

Dehidrasi
Penat, letih
Mual
Morning Sickness
Dan seribu satu cabaran lain ibu hamil dan menyusu.

Anda bertuah, kerana dipilih tuhan untuk berpuasa dalam keadaan serba payah seperti ini. Ganjaran pahalanya tidak mungkin sama dengan pahala puasa orang yang tidak hamil atau menyusu. 

Isunya sekarang, adakah perlu mengambil rukhsah untuk berbuka puasa atau tidak berpuasa? Isu ini ada banyak pendapat. Ada yang menganjurkan ambil sahaja. Ada yang kata ikut kemampuan diri.

Jadi bagaimana?



Tuhan memuliakan ibu hamil dan menyusu dengan memberi rukhsah untuk tidak berpuasa jika puasa boleh menyebabkan kemudaratan pada ibu atau bayi. Rukhsah ini adalah seperti solat jamak qasar ketika bermusafir, ia adalah pilihan sama ada mahu mengambilnya atau tidak. Lebih baik jika mengambilnya dan jika tidak mengambilnya tidak salah.

Jika anda sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ketika berpuasa walaupun sedang hamil atau menyusukan, maka mungkin anda selesa untuk berpuasa sahaja. Jika tidak, anda boleh mengambil rukhsah itu, hadiah daripada sang pencipta tanda kasih kepada ibu yang tidak berupaya untuk berpuasa jika puasa itu benar-benar memberi kemudaratan kepada kesihatan ibu dan anak.

Ambillah pendapat yang dekat di hati setelah yakin itulah yang terbaik. Di sini ada link dari sudut pandangan perubatan, apakah contoh-contoh mudarat yang membenarkan ibu mengambil rukhsah tidak berpuasa di bulan ramadhan.

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/09/15/wanita-menyusukan-anak-berpuasa-breastfeeding/

Jika ingin terus mengambil rukhsah dari awalnya, tidak salah. Boleh menonton video pendek ini dari Dr.Zakir Naik berkaitan rukhsah untuk ibu mengandung dan menyusukan.

http://www.youtube.com/watch?v=wdeFQZ8p4rk

Baiklah, disini ada sedikit panduan untuk membantu anda memilih rukhsah untuk tidak berpuasa atau pun terus berpuasa bagi ibu hamil dan ibu menyusu:

pic:google.com


1. Uji diri anda berpuasa pada hari pertama. Jika anda boleh melaluinya tanpa sebarang masalah yang memudaratkan, maka anda boleh meneruskan puasa. Ramai ibu diluar sana berjaya berpuasa tanpa sebarang masalah walaupun dalam keadaan hamil dan menyusu.

2. Jika anda mengalami masalah kesihatan dengan berpuasa, anda boleh mengambil rukhsah untuk tidak berpuasa sehari, dan mencuba lagi berpuasa selang sehari sambil memantau keadaan kesihatan anda dan bayi.

3. Jika pakar perubatan anda telah memeriksa keadaan anda dan menyarankan untuk tidak berpuasa, maka anda sudah boleh memilih untuk tidak berpuasa dari awal ramadhan kerana telah disahkan akan memudaratkan kesihatan oleh pakar.

4. Jika anda merasakan anda perlu mengambil rukhsah kerana anda mengandung atau menyusukan bayi walaupun anda sihat, maka ambillah, itu hadiah untuk anda. Jangan lupa merujuk cara untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan pakar agama ya.

pic:google.com


Ha, jika seronok untuk berpuasa walaupun hamil atau menyusukan, ini ada beberapa tips untuk berpuasa bagi ibu hamil dan menyusu:

pic:google.com


1. Air, air dan air!
Minum air secukupnya atau lebih. Anda tiada pilihan, dehidrasi adalah membahayakan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan. Pastikan sepanjang malam selepas berbuka dan sebelum berakhirnya waktu sahur, anda minum air sebanyak 3 ke 4 liter untuk menampung keperluan badan. Jangan pula anda minum 4 liter sekaligus semasa sahur!

2. Suplemen
Anda boleh menyokong sistem badan dengan mengambil suplemen seperti minuman soya berprotein tinggi untuk tenaga. Pastikan soya yang diminum adalah non-gmo ya. Teruskan mengambil vitamin yang diberi dari klinik ketika berbuka dan sahur. Jangan lupa minum air yang banyak jika mengambil suplemen.

3. Sekiranya rasa lemah dan tidak mampu untuk meneruskan puasa, jangan paksa diri, ambillah rukhsah dan berbukalah supaya tidak memudharatkan diri dan kandungan.

4. Untuk mengelakkan rasa “bloated” atau angin ketika berbuka, boleh amalkan petua ini. Makan kurma 3 biji dan sedikit kuih dahulu. Kemudian solat maghrib, barulah menjamah makanan berat seperti nasi bersama lauk pauk.

5. Elakkan minuman seperti air tebu dan air bergas sebagai hidangan pertama yang masuk dalam mulut untuk berbuka. Ada orang menggelarkan air ini “bisa” kerana ia akan memberi kesan “bloated” atau angin yang teruk kepada sesetengah orang.

6. Cuba untuk nap atau tidur yang singkat pada waktu tengah hari supaya dapat memberi rehat pada badan. Tetapi awas, jika terlebih tidur akan menyebabkan badan bertambah letih pula.

pic:google.com

Hmm, rasa tidak cukup dengan tips-tips di atas ni. Mungkin readers ada tips tambahan yang boleh dikongsi bersama, bolehlah komen ya.

P/s: Mesti anda tak sabar nak beraya bersama si manja dalam kandungan,kan? Tak sabar nak gayakan si manja dengan baju kurung atau baju melayu saiz mini yang comel-comel. Peplum pun ada tau untuk kanak-kanak, chewah! 

FB: Auladcolors Boutique


Salam Ramadhan dari Auladcolors!

Sunday 14 July 2013

Set Tilam Kekabu Bayi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung pengunjung yang dihormati.  Semoga anda semua berada dalam lindungan Allah swt.

Mohon maaf sebab sudah agak lama tidak 'update' di blog ini.  kami agak sibuk dengan tempahan sebelum raya dan kini sedang dalam proses menyiapkan tempahan baju untuk raya pula.  Alhamdulillah.  Semoga kesibukan ini dapat menguatkan lagi tautan antara kami dengan Allah swt.  Aameen.  Kesihatan pula 'up and down'. demam... batuk... selesema... bergilir dengan anak anak.  Dah lama sihat... sesekali Allah bagi peluang rasa situasi macam ni pula. Alhamdulillah.  Sebab itu jugalah kadang kadang production laju dan terkadang lambat.  Almaklum kena layan anak anak manja yang diserang demam, batuk dan selesema.

Ramadhan pun sudah 6 hari.  Alhamdulillah. Alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah telah kurniakan.  "Ya Allah.. segala puji pujian selayaknya untukMu.  Ya Allah... kurniailah aku, kaum keluargaku, sahabat sahabatku dan umat Islam seluruhnya tawfeeq bagi menjalani ibadah pada Ramadhan ini; kurniakanlah kami kesihatan fizikal dan minda yang suci dan hati yang bersih.  Ampunilah dosa dosa kami, Ya Allah......  Bantulah kami untuk memperolehi manfaat sebanyak mungkin di bulan Ramadhan ini dan permudahkanlah urusan harian kami, Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

Kami kongsikan juga antara produk yang telah selamat sampai ke tangan tuan tuan ciliknya.

Set Tilam Kekabu Bayi + Komforter

Kami membeli kain kain cotton ini secara online. Kesan pencahayaan kepada gambar kadang kadang berbeza dengan 'actual figure'.  Macam kain corak ini... sebenarnya dalam gambar yang kami pilih, warnanya agak 'dull' tapi bila kami terima, actually warnanya amat terang dan menarik!


Kami memberikan sedikit kelainan kepada sarung bantal peluk bayi ini dengan menambahkan corak kain yang berjalur untuk kelihatan lebih 'outstanding' dan digayakan dengan butang ketip (snap button) yang berwarna kuning keemasan yang pastinya dapat menyerlahkan gaya bayi ini nanti.  






Semoga puan Eyda gembira dan berpuashati dengan hasil kerjatangan kami.  Didoakan juga semoga puan Eyda sentiasa berada dalam peliharaan Allah swt dan dipermudahkan segala urusan di dunia ini mahupun di akhirat kelak