Sunday, 28 July 2013

Drama Sedih di Bulan Ramadhan


Salam ibu-ibu yang dikasihi Allah, disayangi Nabi saw dan didoakan oleh para malaikat.

Dialog comel di bawah ini kita biasa dengar, kan?

“Ibu, laparlah, nak makan.”
“Mak, lambat lagi ke nak buka puasa?”
“Ummi, nak air, abang tak tahan haus .”
“Ma, tengok adik tu! Dia tak puasa, minum air depan kakak pulak.”
“Mama, tahun depanlah kakak puasa ya, kakak kecik lagi.”
“Ibu, abang lupa abang puasa....” (sambil mengunyah gula-gula)

Ibu mana yang tidak teruja tatkala anak-anak kecil sudah mula menunjukkan minat untuk berpuasa. Terasa satu pencapaian besar sebagai seorang ibu apabila si anak berjaya menghabiskan puasa hingga ke waktu berbuka, apatah lagi jika si anak berjaya berpuasa sebulan penuh!

Tapi ya, bila waktu yang sesuai untuk melatih anak berpuasa?

Bergantung kepada kesediaan anak-anak dan kesedian si ibu sendiri. Ada yang bermula seawal empat tahun. Ada yang mula melatih anak berpuasa pada usia tujuh tahun seperti perintah melaksanakan solat pada usia tujuh tahun.

Eh, empat tahun! Melampau tu, kecik sangat budak tu!

Sabar, ini latihan bukan paksaan. Tanam minat untuk berpuasa dahulu. Pada usia ini pelbagai strategi boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep puasa pada anak-anak. Contohnya:

1) Latihan bangun sahur.
Kejutkan anak-anak untuk sama-sama bersahur walaupun mereka tidak berpuasa. Register pada minda mereka, puasa mesti sahur!

2) Latih mereka berpuasa bermula dengan masa yang lebih pendek.
Biar mereka berpuasa untuk satu jam dahulu. Kemudian tambah lagi satu jam jika mereka mampu. Dan tambah lagi jam berpuasa mengikut kemampuan anak-anak. Follow their pace!

3) Sediakan juadah kegemaran mereka ketika berbuka.
Reward untuk anak-anak yang gigih berpuasa datang dalam bentuk makanan yang mereka gemari. Tidak perlu upah duit contohnya RM10 untuk sehari berpuasa. Biarlah mereka rasa seronok berpuasa bukan kerana upah duit, tetapi kepuasan dapat berbuka selepas seharian berpuasa.

4) Sabar, sabar dan terus bersabar
Anak merengek dahaga.
Anak mengamuk lapar.
Anak guling-guling di lantai sambil mulut terkumat-kamit, “Lapar,lapar, lapaaarr....”
Anak bercucuran air mata menahan kelaparan, “Makanan....”
Anak berdrama swasta untuk menunjukkan dirinya yang haus dan lapar.

Kaedahnya, kita yang sabar.
Jangan cepatkan tangan untuk mencubit, dahulukan sabar walaupun hati si ibu semakin panas dengan adegan drama anak yang semakin menjadi-jadi.  Pujuk anak supaya tahan hingga akhirnya. Pujuk dengan perasaan kasih sayang.  Ajak anak beraktiviti untuk melupakan perasaan lapar dan dahaga seperti melukis, membuat kraf, membaca buku dan sebagainya.



Isi jiwa anak dengan tadarus al-Quran. Kenyangkan mindanya dengan pengisian rohani. Terangkan kepadanya mengapa perlu puasa, supaya dia faham bulan ramadhan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, tapi bulan untuk beribadah.  Tarik perhatian anak dengan bercerita kisah para nabi, kisah haiwan yang disebut dalam al-Quran dan sebagainya lagi.  Naikkan self-esteem anak dengan memuji usahanya yang berpuasa supaya dia lebih bermotivasi untuk meneruskan puasanya hingga ke waktu berbuka. Contoh dialog yang boleh digunakan:
“Ibu bangga anak ibu usaha untuk berpuasa walaupun cuaca hari ini panas. Nanti dapat banyaaak pahala, boleh masuk syurga.”
“Wah, hebatnya kakak dah puasa sampai pukul 5 petang. Ibu bangga kalau kakak dapat teruskan puasa sampai berbuka. Tak lama dah, dua jam je lagi.”

Apa strategi anda untuk melatih anak-anak untuk berpuasa? Ada tak yang sama dengan strategi di atas? Kalau sudi, boleh kongsikan di ruang komen ya.

P/S: Jangan biarkan anak anda sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Kenyangkan mindanya dengan pengisian rohani supaya anak faham mengapa perlu berpuasa. 

1 comment:

  1. Mr. Green Casino - Dr.D.com
    Dr.D.com 의왕 출장마사지 offers live dealers 김제 출장안마 gaming, table games, entertainment and more, 경상남도 출장안마 featuring 경상남도 출장샵 over 1600 slots machines and table games. Get free entry to 세종특별자치 출장마사지 your

    ReplyDelete