Bismillahirrohmanirrohim.
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
Cepatnya masa berlalu. Mahu atau tidak, kita kini sudah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Sayu dan sedih rasa hati. Tahun depan... apakah Allah masih beri kita peluang untuk bertemu dan meraikan Ramadhan? Semoga Allah swt kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan usia kita semuanya.
Aameen
Tahukah anda? Rasulullah saw memberi perhatian dan penjagaan yang istimewa untuk 10 malam terakhir ini. Baginda saw akan melakukan ibadah yang beliau tidak lakukan di dalam 20 malam yang terdahulu seperti
I'tikaf; hidupkan sepanjang malam Ramadhan dengan beribadah.
Aishah r.a berkata :
"Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw lebih sibuk dan tekun; malam malamnya dipenuhi dengan beribadah, meninggalkan isteri isterinya, memperbanyakkan doa, dsb" Para salaf juga meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi 10 malam terakhir ini umpama memecut pada meter terakhir dalam acara larian pecut. Andaikata 10 malam Ramadhan terakhir ini sebagai satu perlumbaan, curahkanlah segala tenaga yang kita mampu, bersabar, berbicara dengan nafsu kita ..................
hanya 10 malam daripada 365 malam. Rebutlah peluang terakhir ini dan cepa cepat buat I'tikaf, walaupun hanya satu malam. I'tikaf bukan masanya untuk bersosial, tidur, bersembang kosong. Ikutilah peraturan I'tikaf - abadikan diri hanya kepadaNya. Banyak dugaan untuk bangun sorang sorang di tengah malam? Alhamdulillah di Malaysia sekarang ini sudah banyak surau ataupun masjid masjid yang menganjurkan I'tikaf. Ada juga surau atau masjid yang hanya mengkhususkan pada malam malam ganjil sahaja. Ada juga yang masuk I'tikaf selepas waktu asar dan kembali ke tempat kerja atau rumah keesokan harinya selepas selesai solat subuh. Amat memudahkan. In Shaa Allah. Sekiranya tidak dapat juga mengikuti I'tikaf, tidak mengapa, terimalah sebaik baik situasi yang telah Allah tentukan buat kita masing masing. Berdoalah sentiasa kepada Allah yang sentiasa merindui doa doa hamba-Nya.
Teruskanlah dengan beristighfar dengan kehadiran hati bukan sekadar bacaan di bibir. Apabila Aishah r.a. bertanyakan Rasulullah saw;
"Apa yang harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?" Baginda menjawab : "
Allahumma innaka 'afwwun tuhibbul 'afwa fa 'fu 'annee". Maksudnya; "
Ya Allah, Allah Yang Maha Pengampun, ampunilah aku." (H.R Tirmidzi-Hasan Sahih)
Marilah kita sama sama utamakan ibadah dan amal jariah. Mengapa? Kerana keistimewaan Lailatul Qadr.................. ganjarannya sangat hebat! Kita mengucapkan selamat tinggal Ramadhan dan tidak tahu bila kita akan berjumpa Ramadhan lagi.
DOA SEPULUH RAMADHAN TERAKHIR
"Ya Allah, sesungguhnya kami bertawassul kepadaMu dengan Nama Nama Mu Yang Baik dan Sifat SifatMu Yang Maha Tinggi. kiranya Engkau limpahkanlah kepada kami rahmatMu, KeberkatanMu, AmpunanMu dan TaufiqMu, Wahai Allah Yang Maha Pengasih"
"Ya Allah... selamatkanlah kami, ibubapa kami, anak anak kami, famili kami, rezeki kami dan selamatkanlah saudara saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu di manapun mereka berada, khususnya mereka yang sedang berjuang di negeri kami ini, wahai Allah Yang Maha Pengasih.
Ya Allah.... kami memohon redhaMu dan syurga dan kami mohon dilindungi dari murkaMu dan neraka. Ya Allah... masukkanlah kami ke dalam golongan yang diberi taufiq untuk mendapat Lailatul Qadr. Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau Suka kepada kemaafan. Oleh itu, maafkanlah kesalahan kesalahan kami dan kesalahan kesalahan semua muslimin dan muslimat, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
Ya Allah... perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bimbinglah kami untuk mengikutinya dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah dan selanjutnya bimbinglah kami untuk menghindarinya. Janganlah dijadikan yang benar dan yang salah itu samar samar bagi kami, yang menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang orang yang bertakwa.
Ya Allah... Engkau Tuhan kami... oleh itu berilah kami sifat istiqamah. Ya Allah... bantulah kami agar sentiasa ingat kepadaMu dan bantulah kami agar sentiasa syukur kepadaMu dan bantulah kami agar sentiasa memperbaiki ibadat kami kepadaMu.
Ya Tuhan kami... akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik dan janganlah Engkau akhiri hidup kami ini dengan akhir yang tidak baik" (
Ustz Abdullah Yassin)
Aameen aameen Ya Rabbal 'alameen.
InsyaAllah... AMIN...
ReplyDelete