Thursday 21 November 2013

Monday 18 November 2013

Dinding rumah penuh dengan hasil kreativiti jari jari halus anak anak?  

Kami pun tak terkecuali.  Sudah banyak kali suami saya cat baru masa mula mula dulu. Setiap anak, berjaya meluahkan isi hati mereka di dinding putih yang terbentang luas. Kertas A4, pelan pun banyak habis dengan hasil kreativiti mereka.  Sejak dapat anak no 4, suami sudah berhenti daripada cat baru.

"Biarlah budak budak ni berkreativiti puas puas.  Nanti dah besar, diorang akan stop.  Nanti nantilah abang cat balik dinding dinding ni ye"

Dari usia berapa agaknya kita boleh mengajar anak anak menulis?
Sebenarnya anak anak tidak perlu memegang pen atau pensil untuk mereka belajar menulis. Mereka hanya perlu MELIHAT, MELIHAT dan MELIHAT orang terdekatnya menulis.  Dan proses ini sebenarnya bermula seawal anak ini berusia 3 atau 4 bulan.  Ya, bermula usia anak anak ini 3 - 4 bulan.

Terkejut? Unbelievable?

Inilah reaksi saya sewaktu membaca sebuah artikel di Google satu ketika dulu. Sebenarnya inilah kuasa otak yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk setiap umat Nabi Muhammad saw.  Pada usia ini, anak kecil akan cepat bertindakbalas dengan apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Apa sahaja yang mereka lihat, dengar, rasa, bau akan terus diserap melalui indera lihat, bunyi, rasa dan emosi.  Lebih banyak dan kerap sesuatu itu ditunjukkan, maka lebih kekallah ingatan mereka tentang sesuatu perkara.  Contohnya, anak anak ini akan lebih ingat tentang sesuatu 'cara' menulis, 'proses' menulis dan sebagainya.  Situasi inilah yang paling penting sebenarnya.

Untuk si kecil, 'tulisan' merupakan 'lukisan'.  Ya, 'lukisan' lebih bebas dan menggembirakan bagi anak anak kecil.

Kajian juga mendapati, dengan lukisan :
  • anak kecil rasa gembira dan enjoy
  • anak yang suka dan pandai melukis senang dijaga - mungkin kerana mereka pandai meluahkan perasaan mereka dengan hanya melukis
  • anak ini juga tidak mudah bosan
  • melukis juga meningkatkan daya kreativiti anak kecil
  • anak yang mempunyai lukisan yang baik, secara tidak langsung akan menghasilkan tulisan yang baik juga.  In shaa Allah
Kami percaya, kemahiran menulis adalah salah satu cara yang amat penting untuk membina idea.




Bangun tidur, terus minta pen nak tulis dekat kad imbas.



 Aktiviti anas sekarang, tulis dan padam pada kad imbas yang ummi dia hadiahkan.

Wednesday 13 November 2013


Tahniah buat Hana & Masyitah

Didoakan anak anak ini menjadi anak anak yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat nanti

Tahniah juga buat guru guru yang banyak menyumbangkan masa dan tenaga demi mendidik generasi celik al-quran dan sunnah
 





Di tadika ni, banyak potensi diri anak anak yang berjaya dicungkil oleh guru guru mereka.  Hana & Masyitah merupakan wakil tadikanya dalam acara sukan di peringkat Selayang.  Bangga, terharu, terkejut macam macam perasaan bercampur sebab tak pernah sedar potensi mereka dalam bidang ni. Itu perasaan kami sewaktu diberitakan oleh guru mereka pada awal tahun dahulu.

"What?  Hana lari dalam guni?"
" Mesti Hana tak nampak jalan nanti" usik abahnya
(Hana agak kecil dan rendah orangnya)
Surprisingly Hana merupakan pelari terpantas dalam guni masa hari pertandingan tersebut


Masyitah pula mewakili tadikanya untuk pertandingan pidato.  Wow, kecil kecil lagi sudah didedahkan untuk bercakap di depan khalayak.

Subhanallah!
Situasi ini sebenarnya membentuk anak menjadi seorang yang berani, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam diri anak sekecil ini.
Bagi kami, tidak penting anak anak ini menang atau kalah dalam sebarang pertandingan.  Yang teramat penting ialah kehadiran kami untuk melihat mereka beraksi dan memberi sokongan padu buat mereka. Mungkin perkara ini nampak remeh di mata sesetengah insan.  Namun percayalah kehadiran kita di dalam majlis anak anak memberi impak yang teramat besar dalam proses perkembangan mereka apabila dewasa kelak.

Kami angkat tangan dan lambai waktu Masyitah berdiri di depan khalayak ramai.  Kami turut bersorak dan berlari waktu Hana dan Masyitah berlarian di padang menuju ke garisan penamat.  Sungguh kami amat hargai momen momen ini. Syukur Alhamdulillah

Sebenarnya, semua anak anak perlu diberikan peluang untuk mencuba pelbagai jenis aktiviti.  Lebih mencabar sesuatu aktiviti itu, kesan kemampuan yang terbina juga menjadi tinggi.  Secara fitrahnya kami percaya anak anak suka akan sesuatu yang baru dan mencabar.

Kita doakan anak anak ini selamat dan sentiasa di berada dalam peliharaan Allah swt