Tahniah buat Hana & Masyitah
Didoakan anak anak ini menjadi anak anak yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat nanti
Tahniah juga buat guru guru yang banyak menyumbangkan masa dan tenaga demi mendidik generasi celik al-quran dan sunnah
Di tadika ni, banyak potensi diri anak anak yang berjaya dicungkil oleh guru guru mereka. Hana & Masyitah merupakan wakil tadikanya dalam acara sukan di peringkat Selayang. Bangga, terharu, terkejut macam macam perasaan bercampur sebab tak pernah sedar potensi mereka dalam bidang ni. Itu perasaan kami sewaktu diberitakan oleh guru mereka pada awal tahun dahulu.
"What? Hana lari dalam guni?"
" Mesti Hana tak nampak jalan nanti" usik abahnya
(Hana agak kecil dan rendah orangnya)
Surprisingly Hana merupakan pelari terpantas dalam guni masa hari pertandingan tersebut
Masyitah pula mewakili tadikanya untuk pertandingan pidato. Wow, kecil kecil lagi sudah didedahkan untuk bercakap di depan khalayak.
Subhanallah!
Situasi ini sebenarnya membentuk anak menjadi seorang yang berani, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam diri anak sekecil ini.
Bagi kami, tidak penting anak anak ini menang atau kalah dalam sebarang pertandingan. Yang teramat penting ialah kehadiran kami untuk melihat mereka beraksi dan memberi sokongan padu buat mereka. Mungkin perkara ini nampak remeh di mata sesetengah insan. Namun percayalah kehadiran kita di dalam majlis anak anak memberi impak yang teramat besar dalam proses perkembangan mereka apabila dewasa kelak.
Kami angkat tangan dan lambai waktu Masyitah berdiri di depan khalayak ramai. Kami turut bersorak dan berlari waktu Hana dan Masyitah berlarian di padang menuju ke garisan penamat. Sungguh kami amat hargai momen momen ini. Syukur Alhamdulillah
Sebenarnya, semua anak anak perlu diberikan peluang untuk mencuba pelbagai jenis aktiviti. Lebih mencabar sesuatu aktiviti itu, kesan kemampuan yang terbina juga menjadi tinggi. Secara fitrahnya kami percaya anak anak suka akan sesuatu yang baru dan mencabar.
Kita doakan anak anak ini selamat dan sentiasa di berada dalam peliharaan Allah swt
No comments:
Post a Comment