Monday 18 November 2013

Dinding rumah penuh dengan hasil kreativiti jari jari halus anak anak?  

Kami pun tak terkecuali.  Sudah banyak kali suami saya cat baru masa mula mula dulu. Setiap anak, berjaya meluahkan isi hati mereka di dinding putih yang terbentang luas. Kertas A4, pelan pun banyak habis dengan hasil kreativiti mereka.  Sejak dapat anak no 4, suami sudah berhenti daripada cat baru.

"Biarlah budak budak ni berkreativiti puas puas.  Nanti dah besar, diorang akan stop.  Nanti nantilah abang cat balik dinding dinding ni ye"

Dari usia berapa agaknya kita boleh mengajar anak anak menulis?
Sebenarnya anak anak tidak perlu memegang pen atau pensil untuk mereka belajar menulis. Mereka hanya perlu MELIHAT, MELIHAT dan MELIHAT orang terdekatnya menulis.  Dan proses ini sebenarnya bermula seawal anak ini berusia 3 atau 4 bulan.  Ya, bermula usia anak anak ini 3 - 4 bulan.

Terkejut? Unbelievable?

Inilah reaksi saya sewaktu membaca sebuah artikel di Google satu ketika dulu. Sebenarnya inilah kuasa otak yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk setiap umat Nabi Muhammad saw.  Pada usia ini, anak kecil akan cepat bertindakbalas dengan apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Apa sahaja yang mereka lihat, dengar, rasa, bau akan terus diserap melalui indera lihat, bunyi, rasa dan emosi.  Lebih banyak dan kerap sesuatu itu ditunjukkan, maka lebih kekallah ingatan mereka tentang sesuatu perkara.  Contohnya, anak anak ini akan lebih ingat tentang sesuatu 'cara' menulis, 'proses' menulis dan sebagainya.  Situasi inilah yang paling penting sebenarnya.

Untuk si kecil, 'tulisan' merupakan 'lukisan'.  Ya, 'lukisan' lebih bebas dan menggembirakan bagi anak anak kecil.

Kajian juga mendapati, dengan lukisan :
  • anak kecil rasa gembira dan enjoy
  • anak yang suka dan pandai melukis senang dijaga - mungkin kerana mereka pandai meluahkan perasaan mereka dengan hanya melukis
  • anak ini juga tidak mudah bosan
  • melukis juga meningkatkan daya kreativiti anak kecil
  • anak yang mempunyai lukisan yang baik, secara tidak langsung akan menghasilkan tulisan yang baik juga.  In shaa Allah
Kami percaya, kemahiran menulis adalah salah satu cara yang amat penting untuk membina idea.




Bangun tidur, terus minta pen nak tulis dekat kad imbas.



 Aktiviti anas sekarang, tulis dan padam pada kad imbas yang ummi dia hadiahkan.

No comments:

Post a Comment