Thursday 26 September 2013

15 Minit Aktiviti Membaca

Jadikan 15 minit di bawah ini, 15 minit yang berkualiti bersama si kecil anda.

  • Dalam perjalanan, jadikan suasana ceria dengan mengajak  si kecil anda untuk membaca papan tanda seperti plat nombor pendaftaran kereta yang dapat dilihat di jalan raya. Anda juga boleh mengajar mereka menghitung jumlah kenderaan yang berada di jalan seperti sebuah lori besar dan lima buah kereta kecil.
  • Untuk para suri rumah, ambil peluang untuk membacakan buku cerita pendek kepada si kecil anda sebelum beliau tidur.
  • Mainkan VCD pembelajaran yang interaktif kepada si kecil anda.

  • Labelkan semua barangan yang ada di dalam bilik si kecil anda seperti pintu, tingkap, almari dan sebagainya. Kemudian, tampalkan pada objek tersebut

pic. google.com
  • Bawa bersama buku kegemaran anak-anak jika perlu ke suatu tempat dalam tempoh yang lama contohnya ke hospital di mana terpaksa menunggu dengan agak lama.
  • Membaca ketika memasak!  Tak percaya? Cubalah... Buka buku resepi kemudian minta si kecil anda membaca  langkah demi langkah resepi yang yang ingin dimasak pada waktu itu.  Pasti dia teruja!
  • Membeli belah dan membaca.  Ajak anak anda bacakan label pada barangan yang dijual di pasaraya. Sampai di rumah pula, ajak si kecil anda untuk menyimpan barangan mengikut label yang ada pada barangan yang dibeli.  Pasti si kecil anda seronok!
  • Buat ibu bapa berkerjaya pula, apakata setiap kali anda membaca sesuatu yang menarik di akhbar atau majalah, bawa pulang sisipan info atau gambar yang menarik itu untuk dikongsi bersama anak-anak.  Boleh juga buatkan nota kecil yang bertulis, "Ummi sayang Aisyah selalu" untuk ditinggalkan dalam poket baju yang dipakainya.
  • Si kecil anda tidak dapat untuk melelapkan mata?  Bacakan sahaja koleksi buku kegemarannya.
  • Bayi membaca buku? Belikan softbook dan beri peluang kepada bayi anda untuk memegang dan menggigit buku ini.  Jadikan ia hadiah yang paling menarik buat si manja anda.

pic. google.com


"Ya Allah, bantulah kami untuk mendidik anak anak kami agar mereka cemerlang di dunia mahupun di akhirat nanti"

Monday 16 September 2013

Aktiviti Di Rumah - Membaca

Bagaimana Untuk Menjadikan Rumah Kita Mesra Pembaca
======================================

Alhamdulillah.. kami ada beberapa tip untuk buat ibu bapa muda yang ingin melihat budaya membaca bercambah pada anak-anak di rumah.

Antaranya :
  • Pilih waktu yang tenang seperti sebelum masuk tidur samada pada waktu siang atau malam untuk sesi membaca bersama anak. .  Pada waktu ini, otak manusia berada dalam keadaan theta.  Suasana ini adalah penting untuk otak menyerap apa yang dibaca atau dilihat oleh anak-anak untuk disimpan ke bahagian memori.
  • Pilihlah tempat yang selesa seperti di katil, kerusi yang empuk atau ruang bacaan yang selesa.
  • Sekali sekala biarkan si manja anda memilih bahan bacaan yang hendak anda bacakan untuknya.
  • Pegang buku itu dengan  posisi yang membolehkan anak anda melihat perkataan dan gambar dengan jelas. Pastikan anak tidak melihat buku yang dibaca dalam kedudukan yang terbalik.  Anak akan jadi lebih seronok jika anda  memberi peluang untuk dia membuka helaian muka surat untuk dibacakan.
  • Berikan masa untuk anak meneroka gambar gambar menarik yang terdapat pada mukasurat tersebut. Anda boleh mengambil peluang untuk boleh bercerita serba sedikit tentang gambar itu.                 Contoh: "Anas pergi ke kebun Atuk dengan abah. Ha, tengok! ada rama rama, pepatung, siput, dan sebagainya. Ini warna hijau; Ini warna oren, dan seterusnya. Ini bentuk segitiga, ini bentuk bulat, dan seterusnya."
  • Tunjukkan kepada anak-anak yang anda seorang pembaca! Kanak-kanak belajar dari kelakuan orang dewasa dalam rumah mereka. Ibu bapa adalah model terbaik untuk mereka ikuti/imitate.
  • Untuk anak-anak yang sudah menunjukkan minat untuk membaca (pre-reader), galakkan mereka untuk bacakan buku kepada anda.  Tidak mengapa jika mereka bercerita mengikut imaginasi sendiri berdasarkan gambar yang mereka lihat.  Ibu bapa hanya perlu menggalakkan anak-anak ini menggunakan ayat yang betul semasa bercerita.
  • Ajaklah si kecil anda untuk sama-sama menulis senarai barang untuk dibeli jika anda hendak ke pasaraya.  Masukkan juga senarai buku yang hendak dibeli.
  • Jadikan read aloud sebagai rutin harian kepada permata hati anda setiap hari.
Pengalaman peribadi:

Kami masih ingat pengalaman membacakan buku kepada anak sulung kami 14 tahun yang lalu. Kami bacakan koleksi "Allah Makes Series" kepada Nureen Afiqah, puteri kami sejak dia berusia beberapa hari di dunia ini.  Kalau kami perlu keluar untuk urusan di luar rumah, kami akan pastikan sebuah atau dua buah buku berada dalam beg persalinan anak kecil ini. 

Pada suatu malam ketika  usianya 1 tahun lebih, kami mendukung anak kecil ini keluar berjalan di luar rumah.  Tanpa diduga, anak kecil ini tiba-tiba bersuara,"Ummi, moon! Star!" seraya jari halusnya menunjuk kepada bulan dan bintang yang bersinar di langit malam.  
Subhanallah, segala pujian hanyalah untukMu Ya Allah!
Terasa seperti bulan dan bintang turut bersorak dan bertepuk tangan meraikan kejayaan puteri kami menzahirkan apa yang dibacanya dari buku. Sudah tentu kami amat gembira dan berbangga mendengar tiga patah perkataan yang keluar dari mulut comel itu.  
Peristiwa ini telah membakar keazaman kami untuk terus melatih pembaca cilik kami ini. Sejak peristiwa pada malam itu, kami tidak pernah berhenti membacakan buku-buku kepadanya.
Kami juga mengalunkan bacaan al-quran dengan suara yang kuat agar dapat didengari oleh anak- anak semenjak mereka di peringkat bayi lagi. Mereka juga diperdengarkan dengan bacaan al-quran daripada cd  kerana kami percaya alunan ayat-ayat suci al-quran ini mampu memberikan impak yang luar biasa kepada proses perkembangan anak-anak kami.


Thursday 5 September 2013

Susu Lemak Manis, Adik Jangan Nangis


Assalamualaikum ibu-ibu yang disayangi Allah swt, dikasihi Nabi saw dan didoakan para malaikat.

Sudah habis puasa enam?
Buat ibu yang menyusu, adakah anda sedang menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana menyusu?
pic:google.com

Pernahkah anda terfikir, mengapa anda menyusukan bayi anda?

Sebab sunnah?
Sebab susuibu mengandungi antibodi semulajadi?
Sebab naluri sebagai ibu nak menyusukan bayi?
Untuk bonding dengan baby?
Untuk jimat, tak perlu beli susu formula?



Apa pun alasan anda, tahniah kerana memilih jalan yang sulit tapi bahagia untuk kesejahteraan anda dan bayi anda. Sukarkah menyusukan bayi? Nanti kita semak sama-sama ya.
pic:google.com

Anda mesti sudah tahu, susu ibu bukan sekadar minuman untuk si bayi, tetapi ia adalah makanan dan minuman sekaligus untuk bayi di bawah enam bulan. Selepas itu boleh diperkenalkan makanan separa pejal (semi-solid) kepada bayi yang berusia enam bulan ke atas. Dengan ledakan informasi di internet khususnya di facebook, kesedaran tentang penyusuan susuibu meningkat dengan positif dan lebih ramai bayi mula disusui secara eksklusif sejak berusia sehari.

Selain daripada kebaikan dari sudut kesihatan yang dikaji secara saintifik, susuibu juga adalah sebuah sunnah nabi yang meraikan bayi. Masihkah anda ingat kisah nabi yang disusui oleh ibu susuannya yang bernama Halimatussa’diyah? Sebenarnya, mengikut sejarah, ibu susuan pertama kepada nabi kita bernama Tsuwaibah, iaitu hamba kepada bapa saudara baginda, Abu Lahab. Bermakna nabi kita ada dua orang ibu susuan. Ini menunjukkan betapa komitednya bangsa arab ketika itu dalam menjayakan penyusuan susuibu kepada bayi. Tahniah kepada readers auladcolors yang berjaya menyusui bayi anda dengan susuibu walaupun setitis, anda telah memartabatkan sunnah nabi walaupun anda mungkin tidak menyedari perkara ini. Two thumbs up!


pic:google.com

Oh ya, sedarkah anda banyak tool untuk menyusu si bayi yang berada di pasaran? Mari kita lihat, apakah tool tersebut dan semak sama ada anda memerlukannya.

1. Breastpumps

“Eh, perlu ke beli breastpump? Macam membazir sahaja!”

Jika anda ibu yang bekerja di luar rumah, ya, mungkin anda perlu memiliki sebuah pam susu. Anda perlu memastikan bekalan susu perah atau lebih dikenali sebagai EBM (Expressed Breast Milk) mencukupi untuk bayi anda yang dijaga oleh pengasuh. Ada ibu yang memerlukan pam susu untuk mengelakkan breast bengkak dan menyebabkan mastitis, demam bengkak susu yang memang menyakitkan. Apa pilihan pam susu yang ada?

Pam manual,bateri atau elektrik.
Avent, Medela, Tommee Tippee, Autumnz atau Pureen.
Double pump atau single-operated.
Tepuk dada, tanya dompet!

Tapi kalau dompet anda kata, “Perah guna tangan lagi jimat, tak payah belilah!”
Pun boleh! Tiada masalah.

2. Nursing bra.

Ia memang satu keperluan. 
Memudahkan.
Tidak perlu kelam-kabut bila anak merengek minta disusui.

Di jusco ada dijual brand Scarlett dengan harga yang berpatutan. Online pun banyak, segalanya di hujung jari anda.

3. Nursing cover, nursing poncho dan seangkatan dengannya.

Tahukah anda pada tahun 2012, terdapat  flash mob diadakan di KLCC untuk memartabatkan penyusuan susuibu di tempat awam. Ibu-ibu tidak perlu takut atau segan untuk menyempurnakan susuibu hatta di pusat beli belah, di taman mahupun di mana sahaja. Nursing cover contohnya boleh digunakan untuk cover line! Kalau tiada nursing cover, shawl pashmina corak polkadot pink pun boleh!


pic:susuibu.com
p/s: Semoga lebih banyak nursing room di tempat-tempat awam untuk ibu menyusu,amin.

4. Nursing pillow a.k.a bantal tidur,bantal letak leher, bantal mainan anak-anak.

Ok, ini penting!  Penting kerana auladcolors ada menjual nursing pillow buatan sendiri,hehe..
Anda menyusu, lepas tu:

Sakit pinggang.
Baby kena latch-on beberapa kali baru dapat menyusu.
Bosan kena duduk lama-lama sebab menyusu bayi dekat sejam lamanya.
First-time mom, tak pandai nak menyusu, duduk tak kena, baring tak kena.

Biasa dalam situasi ni tak?

Ok, mari kita berkenalan dengan cik nursing cover kita. 

Teruskan scroll untuk membaca.

Bayangkan,

Scroll lagi,

Bayi anda menangis, bibir mungilnya merengek minta susu,dia perlukan perlu nenen atau tek untuk tenang. Anda ambil nursing pillow, and lekapkan di pinggang dan duduk dengan selesa atas kerusi yang empuk.

Kemudian,

Anda letak bayi di atas nursing pillow dan mendapati mulut bayi sama tinggi dengan breast anda. Dalam hati anda berkata, “Wah, cantik! Tak perlu guna tangan untuk tampung kepala bayi untuk mencari kedudukan sesuai untuk latch-on.”

Teruskan membaca,

Bayi anda latch-on dengan sempurna, anda jeling-jeling manja ke arah mulutnya, nampak keseluruhan mulut di bahagian areola yang membekalkan susu. Ok, bayi anda sudah mula tenang dan menyusu untuk kenyang.

Lepas tu?

Anda kebosanan. Anda capai smartphone anda dan mula surf internet dan ber-facebook. Sebelum ini salah satu tangan anda perlu menampung kepala bayi untuk memudahkan latch-on. Sekarang anda bebas menggunakan kedua-dua tangan untuk membaca buku mahu pun bermain dengan smartphone anda. 
Sejam berlalu. 

“Eh, peliknya! Biasanya pinggang saya sakit kalau menyusukan bayi selama sejam, kali ini tak sakit pun!” 
Anda menyedari anda mula tidak sakit pinggang selepas menggunakan nursing pillow. 
“Tapi, guna bantal biasa pun boleh kan!”
Boleh, siapa kata tidak boleh.
Cuma, nursing pillow rekaannya lebih memudahkan penyusuan kepada bayi berbanding bantal biasa. Tak percaya? Cubalah, sudah cuba baru tahu! =)

Klik di sini untuk membaca testimoni nursing pillow dari auladcolors.
Topik ini akan bersambung ke bahagian dua, maka sampai di sini sahaja dahulu.
Salam kasih dari auladcolors. <3


pic:google.com

P/s: Masalah-masalah dalam penyusuan kita sambung dalam part-2 ya! =)