- Dalam perjalanan, jadikan suasana ceria dengan mengajak si kecil anda untuk membaca papan tanda seperti plat nombor pendaftaran kereta yang dapat dilihat di jalan raya. Anda juga boleh mengajar mereka menghitung jumlah kenderaan yang berada di jalan seperti sebuah lori besar dan lima buah kereta kecil.
- Untuk para suri rumah, ambil peluang untuk membacakan buku cerita pendek kepada si kecil anda sebelum beliau tidur.
- Mainkan VCD pembelajaran yang interaktif kepada si kecil anda.
- Labelkan semua barangan yang ada di dalam bilik si kecil anda seperti pintu, tingkap, almari dan sebagainya. Kemudian, tampalkan pada objek tersebut
pic. google.com
- Bawa bersama buku kegemaran anak-anak jika perlu ke suatu tempat dalam tempoh yang lama contohnya ke hospital di mana terpaksa menunggu dengan agak lama.
- Membaca ketika memasak! Tak percaya? Cubalah... Buka buku resepi kemudian minta si kecil anda membaca langkah demi langkah resepi yang yang ingin dimasak pada waktu itu. Pasti dia teruja!
- Membeli belah dan membaca. Ajak anak anda bacakan label pada barangan yang dijual di pasaraya. Sampai di rumah pula, ajak si kecil anda untuk menyimpan barangan mengikut label yang ada pada barangan yang dibeli. Pasti si kecil anda seronok!
- Buat ibu bapa berkerjaya pula, apakata setiap kali anda membaca sesuatu yang menarik di akhbar atau majalah, bawa pulang sisipan info atau gambar yang menarik itu untuk dikongsi bersama anak-anak. Boleh juga buatkan nota kecil yang bertulis, "Ummi sayang Aisyah selalu" untuk ditinggalkan dalam poket baju yang dipakainya.
- Si kecil anda tidak dapat untuk melelapkan mata? Bacakan sahaja koleksi buku kegemarannya.
- Bayi membaca buku? Belikan softbook dan beri peluang kepada bayi anda untuk memegang dan menggigit buku ini. Jadikan ia hadiah yang paling menarik buat si manja anda.
pic. google.com
"Ya Allah, bantulah kami untuk mendidik anak anak kami agar mereka cemerlang di dunia mahupun di akhirat nanti"
No comments:
Post a Comment