Assalamualaikum wbr kepada
para readers yang dirahmati Allah swt dan dikasihi Nabi Muhammad saw
Buka facebook, banyak page
yang menjual alat pendidikan. Flash card
Alif Ba Ta, Muqaddam Bergambar, VCD, mainan untuk minda, buku kanak-kanak dan
lain-lain. Wah, menariknya, ada promosi pulak tu! Rasa nak miliki semua yang
terbaik untuk anak anak.
Pernahkah anda terfikir, apakah bentuk didikan asas yang
anda mahu dedahkan kepada anak-anak yang masih kecil? anak anak yang merupakan masa hadapan negara kita?
Belajar mengaji dan hafazan?
Belajar solat dan asas fardhu ain?
Belajar mengenal huruf abc dan membaca
buku?
Kemahiran matematik seperti mengenal asas nombor dan perhitungan
asas?
Atau SEMUANYA? Fikir fikirkan...
Syabas buat anda yang meraikan
pendidikan awal untuk anak-anak. Apa pun
kaedah yang anda dedahkan kepada anak-anak, kuncinya adalah sabar. Jika anda telah
berhabis beratus ringgit membeli itu ini untuk melihat kesan positif yang
dijanjikan, tetapi hasilnya tidak seperti yang anda idamkan, maka sabarlah. Kemahiran seorang kanak kanak itu adalah
unik. Ianya tidak sama antara
individu. Mungkin si G dapat hanya dengan
sekali tunjukajar dan si B memerlukan 100 kali tunjukajar untuk mahir seperti
G. Si G mahir dari segi membaca namun si
B mungkin lebih mahir dari segi visual ataupun matematik dan sebagainya.
Lain anak, lain kaedahnya dan tahap pencapaian mereka juga berbeza. Kenal
pasti bagaimana anak anda belajar sesuatu perkara, contohnya dia lebih cepat faham
jika melihat gambar, maka dia adalah visual learner, maka selitkan gambar
yang sesuai ketika mengajarnya di rumah.
Fitrah anak-anak suka bermain
dan tidak betah untuk duduk dan belajar.
Biarkan mereka bermain. Bermainlah dengannya, sambil itu cuba selitkan
didikan yang anda inginkan.
Alat bantuan mengajar, perlu ke?
===================
Cuba klik facebook anda,
banyak tak page yang menjual alat bantuan mengajar? Baguslah kerana seller seperti ini cuba memenuhi
keperluan pendidikan kepada anak anak kita. Pastinya mereka juga seorang ibu yang ingin kongsikan manfaat produk produk tersebut. Sebelum membeli fikirlah banyak-banyak
kali, bayangkan anda tengah menggunakan produk tersebut pada anak-anak. Buku buku ataupun alat bantuan mengajar yang berkualiti yang kita perlu peruntukkan untuk setiap anak anak kita sebenarnya agak 'costly'. Namun itulah harga sebuah pengorbanan untuk melihat anak anak membesar dengan ilmu yang terbaik buat mereka hadapi kehidupan di dunia dan juga di akhirat nanti
Kalau rajin dan kreatif, boleh
cuba buat sendiri di rumah. Google up!
Sekian. Didoakan anak-anak kita menjadi
manusia yang berpendidikan dan bersifat khalifah, cemerlang di dunia dan juga di akhirat nanti. Aaminn.. aaminn. Ya Rabbal 'alamin
No comments:
Post a Comment