Sunday, 14 July 2013

Set Tilam Kekabu Bayi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung pengunjung yang dihormati.  Semoga anda semua berada dalam lindungan Allah swt.

Mohon maaf sebab sudah agak lama tidak 'update' di blog ini.  kami agak sibuk dengan tempahan sebelum raya dan kini sedang dalam proses menyiapkan tempahan baju untuk raya pula.  Alhamdulillah.  Semoga kesibukan ini dapat menguatkan lagi tautan antara kami dengan Allah swt.  Aameen.  Kesihatan pula 'up and down'. demam... batuk... selesema... bergilir dengan anak anak.  Dah lama sihat... sesekali Allah bagi peluang rasa situasi macam ni pula. Alhamdulillah.  Sebab itu jugalah kadang kadang production laju dan terkadang lambat.  Almaklum kena layan anak anak manja yang diserang demam, batuk dan selesema.

Ramadhan pun sudah 6 hari.  Alhamdulillah. Alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah telah kurniakan.  "Ya Allah.. segala puji pujian selayaknya untukMu.  Ya Allah... kurniailah aku, kaum keluargaku, sahabat sahabatku dan umat Islam seluruhnya tawfeeq bagi menjalani ibadah pada Ramadhan ini; kurniakanlah kami kesihatan fizikal dan minda yang suci dan hati yang bersih.  Ampunilah dosa dosa kami, Ya Allah......  Bantulah kami untuk memperolehi manfaat sebanyak mungkin di bulan Ramadhan ini dan permudahkanlah urusan harian kami, Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

Kami kongsikan juga antara produk yang telah selamat sampai ke tangan tuan tuan ciliknya.

Set Tilam Kekabu Bayi + Komforter

Kami membeli kain kain cotton ini secara online. Kesan pencahayaan kepada gambar kadang kadang berbeza dengan 'actual figure'.  Macam kain corak ini... sebenarnya dalam gambar yang kami pilih, warnanya agak 'dull' tapi bila kami terima, actually warnanya amat terang dan menarik!


Kami memberikan sedikit kelainan kepada sarung bantal peluk bayi ini dengan menambahkan corak kain yang berjalur untuk kelihatan lebih 'outstanding' dan digayakan dengan butang ketip (snap button) yang berwarna kuning keemasan yang pastinya dapat menyerlahkan gaya bayi ini nanti.  






Semoga puan Eyda gembira dan berpuashati dengan hasil kerjatangan kami.  Didoakan juga semoga puan Eyda sentiasa berada dalam peliharaan Allah swt dan dipermudahkan segala urusan di dunia ini mahupun di akhirat kelak



1 comment:

  1. Butang ketip mcmne nk pasang kt sarung bantal?

    ReplyDelete