Friday 31 May 2013

Assalamualaikum 
Cuti sekolah ini pastinya ibu ibu merancang untuk luangkan sedikit waktu untuk bersama anak anak kesayangan.  Ada yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga di dalam mahupun di luar negara.  Bagi ibu ibu yang bekerja di pejabat pula mengambil cuti untuk sekadar berada di rumah bersama anak anak mereka;  "Meluangkan masa bersama anak anak bukan sahaja kita pergi melancong.  Boleh juga kita temankan anak anak kita membaca buku di perpustakaan mahupun perpustakaan mini di rumah kita, temankan anak untuk menangkap rama rama atau pepatung di taman, beriadah bersama sama, solat jemaah, memasak menu istimewa bersama sama - ibu boleh bahagikan tugas mengikut kebolehan ataupun peringkat umur anak anak, Bagi bapa yang minat memancing, boleh bawa anak untuk memancing bersama ataupun memandu kereta 'racing' bersama. Tukarkan/hiasi rumah dengan 'new layout' and the list will just go on sebab aktiviti bersama anak anak ini terlalu banyak.  Apapun pilihan anda, semoga semuanya diberkati oleh Allah swt.

31/5/2013
Saya bepeluang bersama anak anak untuk berkraf. Aktiviti dimulakan dengan 'sketch' bentuk yang mereka kehendaki. Banyak kali juga mereka mencuba.  Afiqah 14 tahun dan aisyah 12 tahun.  Alhamdulillah sudah berani untuk menjahit menggunakan mesin jahit walaupun masih teragak agak untuk menggunakan pisau pemotong sebab ibu mereka sudah bagi amaran yang pisau pemotong tu amat tajam.  Kena guna dengan berhati hati.  Bahagian ini, saya kena tolong sebab proses memotong ini, mereka tidak konfiden lagi walaupun dah banyak kali bagi peluang mencuba.  

Hakimi, Hana dan Anas masing masing sibuk mengisi fiber ke dalam sarung. Nasib baik isi fiber, kalau kekabu memang tak ada peluang untuk mereka 'enjoy' sebab kekabu senang terbang/melayang. Peluang mereka.  Alhamdulillah.... terpancar kegembiraan dan kepuasan di wajah mereka apabila apa yang mereka inginkan terhasil. 



Ops, tak boleh siap lagi. Kerja 'pending'. Bahan untuk dijadikan mata dan hidungnya tidak ada di rumah. hihihi... Namun, anak anak ini sudah cukup berpuas hati


No comments:

Post a Comment