Sedikit perkongsian daripada Seminar Business Startup yang diadaptasi daripada Syarikat Mindvalley yang bermula dengan peruntukan RM2000 tanpa berhutang dengan mana mana agensi dan kini sudah menjana jualan RM50 juta.
Pagi ahad, 27hb Oktober 2013 menyaksikan 4 orang panel hebat yang menyampaikan perkongsian mereka sewaktu lawatan berbayar mereka (RM995 seorang) ke mindvalley.
Oh ya, sebenarnya.. saya mendaftarkan diri ke seminar ini adalah bagi tujuan membaikpulih perniagaan yang ada dan juga sebagai 'rewards' bagi diri saya sendiri. Perkongsian yang amat baik dan menyedarkan saya betapa kaedah yang digunapakai dalam pengurusan mindvalley ini boleh juga diadaptasi dalam institusi keluarga kita. Pengurusnya Vishen, menyediakan ruang perpustakaan dan juga persekitaran yang memberangsangkan bagi memudahkan timnya membuat sebarang kajian ataupun rujukan. Beliau juga membina sikap membaca di kalangan tim tim beliau. Ini dapat dilihat apabila tuan Zamri Mohamad (salah seorang panel) menunjukkan photo bagi setiap ruang kerja timnya, terdapat sekurang kurangnya sebuah buku di atas meja mereka. Apa yang menarik lagi, tuan Vishen ini juga memberikan peruntukan yang tiada limit (unlimited budget) bagi buku buku yang diperlukan oleh timnya seandainya buku yang diperlukan tiada dalam perpustakaan mereka. Ini memang amat hebat!
Kami seakan tersedar... Sewaktu mengandungkan anak sulung, 15 tahun yang lalu kami sentiasa adakan peruntukan bagi mendapatkan bahan bacaan bermutu atau alat bantuan mengajar untuk permata hati kami sebab kami percaya, dengan ilmu... anak kami mampu pergi jauh. Namun sejak mendapat Anas (anak ke 5) kami tidak menyediakan sebarang peruntukan untuk mendapatkan pelbagai buku yang bermutu tinggi di pasaran. Buku yang ada, kami gunakan untuk adik adik Nureen Afiqah. . (Mungkin sebab dah berhenti kerja di pejabat; Gaji bulanan dah tak ada) In Shaa Allah kami berazam untuk memberikan peruntukan yang sebaiknya setiap bulan bagi mendapatkan bahan bacaan bermutu buat kami sekeluarga.
Sebenarnya, memupuk minat membaca merupakan hobi yang boleh dikategorikan sebagai "mahal" namun percayalah, hasilnya tidak ternilai. Sejak dalam kandungan, kami sering membaca al-Quran atau memperdengarkan janin dengan alunan ayat al-Quran. Antara koleksi buku yang masih ada adalah set buku "Allah Makes Series".
Kami bacakan pada Nureen Afiqah waktu usianya hanya beberapa bulan pertama lahir ke dunia. Orang keliling mempersendakan tindakan kami. (Mungkin mereka tidak tahu akan impaknya) Sehinggalah pada suatu malam kami bawa Afiqah keluar (1 tahun lebih usianya ketika itu) "Umi, moon! star!" tunjuk Afiqah ke langit. Dan pada usianya 2 tahun sudah mula membaca surah surah lazim dan doa doa harian walaupun dalam pelat bahasa dia. Subhanallah. Apabila mendapat anak yang seterusnya, tugas mengajar kami jadi lebih mudah sebab Afiqah menyambung tugas kami dengan membacakan buku buku kepada adik adiknya pula. Kesan daripada pendedahan awal ini juga, kami dapat lihat Afiqah merupakan pelajar yang cerdas dan pintar. Hingga kini, Afiqah (14 tahun) masih merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Alhamdulillah
Kajian menunjukkan, +8% lebih positif dalam kehidupan harian apabila mereka mengamalkan budaya membaca
In Shaa Allah kami akan sambung perkongsian ini dengan "Vision Board" pula. Nantikan.