Sunday, 9 February 2014

Doa Untuk Bayi dan Kanak Kanak

"Dan Rabb-mu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu..." (QS. Ghafir : 60)


Menjadi lumrah... setiap ibubapa yang waras akal fikirannya pasti mengimpikan anak-anak mereka menjadi insan yang CEMERLANG di dunia dan juga di akhirat.  Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat mustajab dan makbul. Setiap waktu, setiap saat rebutlah peluang untuk berdoa untuk kebaikan anak anak yang kita sayangi. 

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.  Dari itu, gunakanlah kemuliaan yang ALLAH swt kurniakan buat setiap pasangan bagi mendoakan permata hati pada setiap detik.

DOA bukan terbatas di sejadah selepas solat sahaja.  Apa yang kita RASA, FIKIR, CAKAP, LIHAT juga merupakan DOA buat anak anak kita.  Sebab itu saya selalu berhati hati dalam mengeluarkan kata kata terhadap mereka terutamanya ketika MARAH.  Astagfirullah hal'azimm... kadang terbabas juga dengan kata kata yang tak sedap didengar dan yang pasti saya tak mahu anak anak saya jadi macam tu.  Bila tersedar... cepat cepat saya minta maaf balik dengan mereka.  Saya terangkan kenapa saya terlalu marah dan saya cakap 'positif affirmation' balik dengan mereka.  (In Shaa Allah saya akan sambung bab ini nanti)

Antara waktu DOA MUSTAJAB :
  • antara azan dan qamat
  • ketika hujan turun
  • pada sepertiga akhir malam
  • hari jumaat
  • waktu dalam sujud ketika solat
  • sepuluh hari pertama dalam bulan Dzul Hijjah
  • ketika musafir
  • ketika sedang berpuasa atau berbuka
  • atau pada bila bila masa sahaja di waktu siang maupun malam
(Rujuk Kitab Mukhtasar Al-Nasihah; Halaman 170)





Berikut ini adalah panduan doa yang masyhur untuk zuriat kita :

Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menjadi orang yang bertakwa
Surah al-Furqan ayat 74

Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"

Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41

Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti"


Doa anak taat kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128)
Ertinya " Wahai tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah kepada kami syari'at cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."

Doa anak pandai belajar
Surah Anbiya ayat 79

Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini."   

Doa supaya anak rajin belajar dan rajin ke sekolah:
Surah Taha ayat 1 - 5

Doa memohon rahmat
Surah Ali-Imran, ayat 8-9.

Doa anak lembut hati
Surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24) Surah Al-Imran ayat 200

Doa mohon zuriat yang baik 
surah Ali-Imran (ayat 38)

Selagi kita belum menutup mata, selagi itulah kita harus terus berdoa untuk anak-anak kerana selain membesarkan, membimbing dan memberikan ilmu, doa atau apa yang kita FIKIR, LIHAT, RASA,CAKAP juga menjadi  penyebab kejayaan anak-anak. Berilah mereka HAK ISTIMEWA sebagai ANAK kita.  Berilah mereka rasa, betapa bertuahnya mereka mempunyai ibubapa yang sering mendoakan mereka di dunia ini.

Percayalah hanya dengan DOA kita mampu memelihara mereka daripada pelbagai musibah.  Berdoa dan yakinlah ALLAH sentiasa mendengar dan makbulkan doa doa kita terhadap mereka.

Friday, 7 February 2014

Kisah Seorang Alim Mendidik Anak



Saya lihat seorang alim. Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam. Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena.

Dalam pukul 4.45 pagi semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran. Dengan sekali panggil.

Anaknya berebut-rebut nak pergi masjid solat subuh. 6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun.

Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang. 100 kali tasbihat, 100 selawat, 100 x istighfar.

Untungnya anak-anaknya. Untungnya mak ayahnya. Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil. Menyanyi sejak kecil. Pandai matematik sejak kecil. Pandai menari sejak kecil.

Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang iman kuat dan mengenal Allah. Bila iman lemah orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri.

Ya Allah umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis. Ya Allah apalah yang aku cari dalam dunia ini. Wahai diri berapa lama lagi kamu perlukan masa untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya
Adakah sehingga tanah kubur masuk dalam mulutmu

-ustaz ebit lew

Monday, 3 February 2014

Cerita Di Kedai Basikal

                                               photo : Encik Google

Minggu lepas waktu hantar basikal Hana untuk dibaiki. Kagum tengok adik Natasya yang baru berusia 6 tahun sudah pandai membantu abahnya mendapatkan perkakas yang diminta oleh abahnya.

Saya : "Bijaknya dia. Dah boleh harap tolong abah dia "

Encik K : "Alhamdulillah. Kat sekolah pun cikgu dia kata dia pelajar pintar. Dari umurnya 5 tahun lagi. Selalu cikgu bagi kerja... mesti dia yang siap awal. Selalu minta kerja lebih. Sudahnya kitorang belikan buku buku tambahan untuk dibekalkan ke tadika dia.


Saya :  "Natasya... anak sulung ke?" (Saya meneka sebab mengikut pengalaman saya, anak sulung perempuan memang 'brilliant')

Encik K : "Iye.  Satu satunya anak kami.  Kami masih belum dikurniai anak lain selain Natasya."  Jawap Encik K sambil tersenyum. "Sekarang ni saya tengah ajar dia operasi DARAB pula"

Saya : "Darab?"

Encik K : "Bukan menghafal sifir. Ada teknik sebenarnya. Saya tengah perturunkan pada dia.  Alhamdulillah, dia cepat belajar"

Saya : "Wow"

Encik K : " Sebenarnya dari Natasya usia 2 tahun macam tu dia dah tunjukkan minat untuk belajar. Masa tu saya dan isteri cuba sedaya upaya memenuhi permintaan dia untuk belajar. Tak kira waktu. Kadang pukul 12 tgh malam dia ajak belajar. Salah seorang daripada kami mesti tolong ajarkan dia juga. Tak ada istilah NANTI. Sebab kami PERCAYA bila anak kecil nak belajar... sel sel neuron dia tak boleh disekat. Kalau disekat ianya akan membantutkan proses pembelajaran anak anak."

Encik K : "Alhamdulillah sampai sekarang, bila kami suruh/minta tolong dia aje terus Natasya buat. Tak de tangguh tangguh "


Apa yang mendorong sangat saya untuk berkongsi momen ini ialah...begitu cantiknya HUKUM ALAM... What you give, you get back MORE! :)  Ini adalah perkara paling ASAS dalam hubungan kita sesama insan.  Adik Natasya sangat beruntung dikurniakan ibubapa yang amat amat memahami peri pentingnya pendidikan awal kanak kanak.  Pendidikan kanak kanak bermula dari RUMAH seawal usianya 1 hari menjenguk ke dunia nyata.

Suka saya memetik sebuah hadis. "Setiap anak dilahirkan atas fitrah.  Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani".  Justeru itu amat penting untuk kita sebagai ibubapa JADI sepertimana yang kita inginkan terhadap anak anak kita.  Anak anak TIDAK mendengar apa yang ibubapanya katakan TAPI mereka adalah PENIRU SENYAP yang amat BIJAK!

Kita doakan agar adik Natasya cemerlang di dunia mahupun untuk akhirat nanti.  Aaminn Ya Rabbal 'alaminn

                                                     Photo : En Google