Monday, 3 February 2014

Cerita Di Kedai Basikal

                                               photo : Encik Google

Minggu lepas waktu hantar basikal Hana untuk dibaiki. Kagum tengok adik Natasya yang baru berusia 6 tahun sudah pandai membantu abahnya mendapatkan perkakas yang diminta oleh abahnya.

Saya : "Bijaknya dia. Dah boleh harap tolong abah dia "

Encik K : "Alhamdulillah. Kat sekolah pun cikgu dia kata dia pelajar pintar. Dari umurnya 5 tahun lagi. Selalu cikgu bagi kerja... mesti dia yang siap awal. Selalu minta kerja lebih. Sudahnya kitorang belikan buku buku tambahan untuk dibekalkan ke tadika dia.


Saya :  "Natasya... anak sulung ke?" (Saya meneka sebab mengikut pengalaman saya, anak sulung perempuan memang 'brilliant')

Encik K : "Iye.  Satu satunya anak kami.  Kami masih belum dikurniai anak lain selain Natasya."  Jawap Encik K sambil tersenyum. "Sekarang ni saya tengah ajar dia operasi DARAB pula"

Saya : "Darab?"

Encik K : "Bukan menghafal sifir. Ada teknik sebenarnya. Saya tengah perturunkan pada dia.  Alhamdulillah, dia cepat belajar"

Saya : "Wow"

Encik K : " Sebenarnya dari Natasya usia 2 tahun macam tu dia dah tunjukkan minat untuk belajar. Masa tu saya dan isteri cuba sedaya upaya memenuhi permintaan dia untuk belajar. Tak kira waktu. Kadang pukul 12 tgh malam dia ajak belajar. Salah seorang daripada kami mesti tolong ajarkan dia juga. Tak ada istilah NANTI. Sebab kami PERCAYA bila anak kecil nak belajar... sel sel neuron dia tak boleh disekat. Kalau disekat ianya akan membantutkan proses pembelajaran anak anak."

Encik K : "Alhamdulillah sampai sekarang, bila kami suruh/minta tolong dia aje terus Natasya buat. Tak de tangguh tangguh "


Apa yang mendorong sangat saya untuk berkongsi momen ini ialah...begitu cantiknya HUKUM ALAM... What you give, you get back MORE! :)  Ini adalah perkara paling ASAS dalam hubungan kita sesama insan.  Adik Natasya sangat beruntung dikurniakan ibubapa yang amat amat memahami peri pentingnya pendidikan awal kanak kanak.  Pendidikan kanak kanak bermula dari RUMAH seawal usianya 1 hari menjenguk ke dunia nyata.

Suka saya memetik sebuah hadis. "Setiap anak dilahirkan atas fitrah.  Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani".  Justeru itu amat penting untuk kita sebagai ibubapa JADI sepertimana yang kita inginkan terhadap anak anak kita.  Anak anak TIDAK mendengar apa yang ibubapanya katakan TAPI mereka adalah PENIRU SENYAP yang amat BIJAK!

Kita doakan agar adik Natasya cemerlang di dunia mahupun untuk akhirat nanti.  Aaminn Ya Rabbal 'alaminn

                                                     Photo : En Google

1 comment:

  1. I found a nice site, where can buy good products, buyincoins - a professional online website, what let you buy from China directly without any shipping fee. There are Fashion, Health & Beauty, Home & Garden and more Cool Gadgets.

    ReplyDelete