Dalam usia 3 tahun ke bawah, banyak mengunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati ke hati mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka.Ibu hanya tahu akan perkara ini benar setelah ibu mempunyai anak yang kelima. Ibu mendengar dia dengan ‘telinga hati’ ibu. Memang senang memahami apa yang dia mahu. Kini sudah bercucu empat dan yang paling kecil dibawah setahun, ibu berkomunikasi dengan mereka itu secara hati dengan menggunakan minda dibawah sedar juga. Ia sangat memuaskan hati.
Cara 1,
- letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.
- Tutup mata anda
- Tenangkan pemikiran anda – quiet your mind.
- Dengar dari hati.
Cara 2,
- Bercakap kepadanya semasa dia tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dsbnya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.
Bila mula-mula itu memanglah tidak begitu menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dulukan. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar. Jadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. kepercayaan sebegitu menutup jalan menggunakkan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.
Apa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat anda mempunyai potentsi menggunakan minda di bawah sedar ini. Semoga anda berjaya!
kredit : Dr Rozieta Shaary
No comments:
Post a Comment