Wednesday, 28 August 2013

Baby Comforter Set - Blue Ballerina

Alhamdulillah I've just got a chance to start doing this project. Yeah, it's a baby comforter complete with 1 pillow, 1 dimple pillow, and 2 bolsters.  Actually my client wants to give this as a surprise to her beloved sister that will have a baby soon.  In Shaa Allah.  The couple was struggling to get a baby since they got married 8 years ago and Alhamdulillah Allah had answered their prayer. Dear friend, please make du'a; may Allah give her a safe delivery.

I,  for once actually felt a bit reluctant to accept this order because definitely her expecting is very high. hihihi feeling a bit scared. Ops!

OK. enough.

I've choosen this gold/yellow snap button to attach to a baby bolster's cover.


Handstiches the binding is a bit interesting especially when those little pin are smiling at you. hihihi


Tada!!! Alhamdulillah finally, it's done.


Look nice and adorable


Ready to be delivered

Sunday, 25 August 2013

Kekabu Bedding Set - Pink Castle


Awesome!


SOLD

Alhamdulillah Puan Farrah will have her first delivery soon.  May Allah protect her.

There are a lots of adorable design in our boutique for you to pick.  You can order one for your goodself or as a gift for someone that you care.  Drop us an email at auladcolors@gmail.com or PM us at our fanpage : https://www.facebook.com/messages/AuladBoutique for a quick reply.  

Thursday, 22 August 2013

Blue Ballerina

Kekabu Bedding Set - Blue Ballerina
===========================

The arrival of a new baby is always one of our life's special moments.  There is no words to describe how's the feeling of the new mother or father to be once the doctor says; " Congratulations! you will be a mother or father soon." It's really a wonderful moments...




SOLD

Thank you puan Nadia from Perak for your support.  May you have a safe delivery soon.  May Allah protect you and your family.

" There is no power and no strength except with Allah"

Tuesday, 13 August 2013

Salam Aidilfitri


Masih belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Nabi Muhammad saw juga mengajarkan kita untuk mengucapkan "Taqabbalallahu minna waminkum" (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu). dan apabila kita menerima ucapan ini, kita hendaklah menjawab "Taqabbal ya kareem" (Terimalah wahai Yang Maha Memberi).
Pastinya raya anda amat meriah dengan ketupat, rendang, lemang dan pelbagai lagi juadah di hari raya.  Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan buat kita semua.  

Pada kesempatan ini juga, ibu bapa boleh menerangkan antara adab bertamu/berkunjung kepada anak anak kita sebelum melangkah keluar rumah. Ha.. kami juga terpaksa berulang ulang kali mengingatkan anak anak agar perbetulkan niat kita untuk pergi berhari raya ke rumah sanak saudara mahupun rakan rakan.  Yang penting, apabila kita berkunjung ke rumah saudara mara adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrohim.  Fadhilatnya amat besar daripada duduk menonton televisyen atau melayan pelbagai gajet yang sedia ada di rumah.  Dapat duit raya merupakan satu bonus sahaja.  Jangan sampai meminta minta.  Jadilah orang yang sentiasa memberi.   Ini perlu dididik sejak awal tumbesaran anak anak bagi mengelakkan salah faham.  Mungkin kita boleh bantu anak anak dengan menanamkan dalam jiwa mereka untuk sentiasa menggembirakan hati insan lain.  Percayalah, sesungguhnya Allah Yang Maha Agung pastinya akan memulangkan kegembiraan dalam diri kita! - memberi sebelum menerima 


Haa...lagi satu! tunaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini.  Banyak kelebihannya.  Puasa bulan Syawal ni nak buat hari apa pun tidak mengapa. Nak selang sehari atau nak direct puasa 6 hari pun boleh.


Tuesday, 30 July 2013

Doa ketika bertemu malam Lailatul Qadr

Bismillahhirrohmanirrohimm

In shaa Allah berikut adalah antara kelebihan lailatul-Qadr : (Surah Al-Qadr/97 : 1 - 5)

1. "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada alam kemuliaan (Lailatul-Qadr)
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3.Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
4. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."



Aisyah r.a bertanyakan Rasulullah saw; "Apakah yang harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?" Baginda saw menjawab :


(HR Tirmidzi)
Maka marilah kita sama sama memohon keampunan daripada Allah swt.  Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Sunday, 28 July 2013

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN & DOA SEPULUH RAMADHAN TERAKHIR


Bismillahirrohmanirrohim.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

Cepatnya masa berlalu. Mahu atau tidak, kita kini sudah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan.  Sayu dan sedih rasa hati.  Tahun depan... apakah Allah masih beri kita peluang untuk bertemu dan meraikan Ramadhan?  Semoga Allah swt kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan usia kita semuanya.  Aameen

Tahukah anda?  Rasulullah saw memberi perhatian dan penjagaan yang istimewa untuk 10 malam terakhir ini.  Baginda saw akan melakukan ibadah yang beliau tidak lakukan di dalam 20 malam yang terdahulu seperti I'tikaf; hidupkan sepanjang malam Ramadhan dengan beribadah.

Aishah r.a berkata : "Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw lebih sibuk dan tekun; malam malamnya dipenuhi dengan beribadah, meninggalkan isteri isterinya, memperbanyakkan doa, dsb"  Para salaf juga meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi 10 malam terakhir ini umpama memecut pada meter terakhir dalam acara larian pecut.   Andaikata 10 malam Ramadhan terakhir ini sebagai satu perlumbaan, curahkanlah segala tenaga yang kita mampu, bersabar, berbicara dengan nafsu kita ..................  hanya 10 malam daripada 365 malam.  Rebutlah peluang terakhir ini dan cepa cepat buat I'tikaf, walaupun hanya satu malam.  I'tikaf bukan masanya untuk bersosial, tidur, bersembang kosong.  Ikutilah peraturan I'tikaf - abadikan diri hanya kepadaNya.  Banyak dugaan untuk bangun sorang sorang di tengah malam?  Alhamdulillah di Malaysia sekarang ini sudah banyak surau ataupun masjid masjid yang menganjurkan I'tikaf.  Ada juga surau atau masjid yang hanya mengkhususkan pada malam malam ganjil sahaja.  Ada juga yang masuk I'tikaf selepas waktu asar dan kembali ke tempat kerja atau rumah keesokan harinya selepas selesai solat subuh.  Amat memudahkan.  In Shaa Allah.  Sekiranya tidak dapat juga mengikuti I'tikaf, tidak mengapa, terimalah sebaik baik situasi yang telah Allah tentukan buat kita masing masing. Berdoalah sentiasa kepada Allah yang sentiasa merindui doa doa hamba-Nya.

Teruskanlah dengan beristighfar dengan kehadiran hati bukan sekadar bacaan di bibir.  Apabila Aishah r.a. bertanyakan Rasulullah saw;  "Apa yang harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?"  Baginda menjawab : "Allahumma innaka 'afwwun tuhibbul 'afwa fa 'fu 'annee".  Maksudnya; "Ya Allah, Allah Yang Maha Pengampun, ampunilah aku."  (H.R Tirmidzi-Hasan Sahih)

Marilah kita sama sama utamakan ibadah dan amal jariah. Mengapa?  Kerana keistimewaan Lailatul Qadr.................. ganjarannya sangat hebat!  Kita mengucapkan selamat tinggal Ramadhan dan tidak tahu bila kita akan berjumpa Ramadhan lagi.

DOA SEPULUH RAMADHAN TERAKHIR

"Ya Allah, sesungguhnya kami bertawassul kepadaMu dengan Nama Nama Mu Yang Baik dan Sifat SifatMu Yang Maha Tinggi. kiranya Engkau limpahkanlah kepada kami rahmatMu, KeberkatanMu, AmpunanMu dan TaufiqMu, Wahai Allah Yang Maha Pengasih"

"Ya Allah... selamatkanlah kami, ibubapa kami, anak anak kami, famili kami, rezeki kami dan selamatkanlah saudara saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu di manapun mereka berada, khususnya mereka yang sedang berjuang di negeri kami ini, wahai Allah Yang Maha Pengasih.
Ya Allah.... kami memohon redhaMu dan syurga dan kami mohon dilindungi dari murkaMu dan neraka.  Ya Allah... masukkanlah kami ke dalam golongan yang diberi taufiq untuk mendapat Lailatul Qadr.  Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau Suka kepada kemaafan.  Oleh itu, maafkanlah kesalahan kesalahan kami dan kesalahan kesalahan semua muslimin dan muslimat, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
Ya Allah... perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bimbinglah kami untuk mengikutinya dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah dan selanjutnya bimbinglah kami untuk menghindarinya.  Janganlah dijadikan yang benar dan yang salah itu samar samar bagi kami, yang menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang orang yang bertakwa.
Ya Allah...  Engkau Tuhan kami... oleh itu berilah kami sifat istiqamah.  Ya Allah... bantulah kami agar sentiasa ingat kepadaMu dan bantulah kami agar sentiasa syukur kepadaMu dan bantulah kami agar sentiasa memperbaiki ibadat kami kepadaMu.
Ya Tuhan kami... akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik dan janganlah Engkau akhiri hidup kami ini dengan akhir yang tidak baik"   (Ustz Abdullah Yassin)
Aameen aameen Ya Rabbal 'alameen.

Drama Sedih di Bulan Ramadhan


Salam ibu-ibu yang dikasihi Allah, disayangi Nabi saw dan didoakan oleh para malaikat.

Dialog comel di bawah ini kita biasa dengar, kan?

“Ibu, laparlah, nak makan.”
“Mak, lambat lagi ke nak buka puasa?”
“Ummi, nak air, abang tak tahan haus .”
“Ma, tengok adik tu! Dia tak puasa, minum air depan kakak pulak.”
“Mama, tahun depanlah kakak puasa ya, kakak kecik lagi.”
“Ibu, abang lupa abang puasa....” (sambil mengunyah gula-gula)

Ibu mana yang tidak teruja tatkala anak-anak kecil sudah mula menunjukkan minat untuk berpuasa. Terasa satu pencapaian besar sebagai seorang ibu apabila si anak berjaya menghabiskan puasa hingga ke waktu berbuka, apatah lagi jika si anak berjaya berpuasa sebulan penuh!

Tapi ya, bila waktu yang sesuai untuk melatih anak berpuasa?

Bergantung kepada kesediaan anak-anak dan kesedian si ibu sendiri. Ada yang bermula seawal empat tahun. Ada yang mula melatih anak berpuasa pada usia tujuh tahun seperti perintah melaksanakan solat pada usia tujuh tahun.

Eh, empat tahun! Melampau tu, kecik sangat budak tu!

Sabar, ini latihan bukan paksaan. Tanam minat untuk berpuasa dahulu. Pada usia ini pelbagai strategi boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep puasa pada anak-anak. Contohnya:

1) Latihan bangun sahur.
Kejutkan anak-anak untuk sama-sama bersahur walaupun mereka tidak berpuasa. Register pada minda mereka, puasa mesti sahur!

2) Latih mereka berpuasa bermula dengan masa yang lebih pendek.
Biar mereka berpuasa untuk satu jam dahulu. Kemudian tambah lagi satu jam jika mereka mampu. Dan tambah lagi jam berpuasa mengikut kemampuan anak-anak. Follow their pace!

3) Sediakan juadah kegemaran mereka ketika berbuka.
Reward untuk anak-anak yang gigih berpuasa datang dalam bentuk makanan yang mereka gemari. Tidak perlu upah duit contohnya RM10 untuk sehari berpuasa. Biarlah mereka rasa seronok berpuasa bukan kerana upah duit, tetapi kepuasan dapat berbuka selepas seharian berpuasa.

4) Sabar, sabar dan terus bersabar
Anak merengek dahaga.
Anak mengamuk lapar.
Anak guling-guling di lantai sambil mulut terkumat-kamit, “Lapar,lapar, lapaaarr....”
Anak bercucuran air mata menahan kelaparan, “Makanan....”
Anak berdrama swasta untuk menunjukkan dirinya yang haus dan lapar.

Kaedahnya, kita yang sabar.
Jangan cepatkan tangan untuk mencubit, dahulukan sabar walaupun hati si ibu semakin panas dengan adegan drama anak yang semakin menjadi-jadi.  Pujuk anak supaya tahan hingga akhirnya. Pujuk dengan perasaan kasih sayang.  Ajak anak beraktiviti untuk melupakan perasaan lapar dan dahaga seperti melukis, membuat kraf, membaca buku dan sebagainya.



Isi jiwa anak dengan tadarus al-Quran. Kenyangkan mindanya dengan pengisian rohani. Terangkan kepadanya mengapa perlu puasa, supaya dia faham bulan ramadhan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, tapi bulan untuk beribadah.  Tarik perhatian anak dengan bercerita kisah para nabi, kisah haiwan yang disebut dalam al-Quran dan sebagainya lagi.  Naikkan self-esteem anak dengan memuji usahanya yang berpuasa supaya dia lebih bermotivasi untuk meneruskan puasanya hingga ke waktu berbuka. Contoh dialog yang boleh digunakan:
“Ibu bangga anak ibu usaha untuk berpuasa walaupun cuaca hari ini panas. Nanti dapat banyaaak pahala, boleh masuk syurga.”
“Wah, hebatnya kakak dah puasa sampai pukul 5 petang. Ibu bangga kalau kakak dapat teruskan puasa sampai berbuka. Tak lama dah, dua jam je lagi.”

Apa strategi anda untuk melatih anak-anak untuk berpuasa? Ada tak yang sama dengan strategi di atas? Kalau sudi, boleh kongsikan di ruang komen ya.

P/S: Jangan biarkan anak anda sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Kenyangkan mindanya dengan pengisian rohani supaya anak faham mengapa perlu berpuasa.