Friday, 10 January 2014

Tips Bantu Anak Fokus

Saya seperti juga ibu ibu yang lain.  Menghadapi situasi di mana anak anak kurang fokus terutamanya anak lelaki. Sewaktu mengandungkan anak sulung, 16 tahun yang lalu, saya sering mencari dan menambah ilmu tentang parenting.  

Pengetahuan tentang ilmu parenting amat cetek.  Sebab itu saya selalu melaburkan sebahagian wang gaji untuk menghadiri kelas kelas parenting yang diadakan.  Masa tu... tak banyak pilihan seperti sekarang ni.  Anyway, Alhamdulillah begitu percaturan Allah dalam hidup kita.

Ok berbalik pada bagaimana untuk menghadapi anak anak yang KURANG FOKUS? Antara tips yang boleh saya kongsikan di sini ialah :


1.  Sebelum memulakan sebarang aktiviti, BERMAIN atau MEMBACA bersama anak anak, pastikan anak dan juga anda minum segelas air putih/mineral.  hihihi KENAPA AIR PUTIH/MINERAL?



Fakta mengatakan, dengan meminum segelas air suam/mineral mampu meningkatkan konsentrasi MINDA!  Ini adalah kerana air yang diminumkan membantu menambah tahap OKSIGEN yang diperlukan oleh OTAK untuk bekerja.


2. LAKUKAN EXERCISE.
  a. Lakukan pergerakan bersilang. Siku kanan kenakan pada lutut kiri dan sebaliknya.  Lakukan 5 - 8 kali
    

      b.  Dulu kami ada katil besi double decker.  Bila mood anak anak down atau diajar berkali kali tapi tak dapat juga, saya minta mereka bergayut pada besi katil bahagian atas. Roll down kepala mereka juga menghasilkan pengaliran darah yang bagus ke bahagian otak. Yeah, they LOVE this activity!

      c. Kalau ada TRAMPOLINE pun sangat BEST!  Biarkan anak anak melompat di atasnya.  It's FUN, MUMMY! Dekat IKEA ada, kann ;)


Aktiviti ini semua anda boleh minta anak anak lakukan SEBELUM seisi membaca/latihan ataupun SEMASA aktiviti membaca/latihan bila nampak mereka seakan hilang FOKUS.

Apabila membaca, pastikan anak TUNJUK dengan JARI, perkataan yang sedang dibaca.  Saya tidak ingat/pasti alasannya.  Lebih kurang... jari telunjuk ini memberikan CONNECTION terus pada bahagian pembangunan OTAK.  In Shaa Allah apabila MEMBACA SAMBIL JARI MENUNJUK PERKATAAN YANG DIBACA, membantu menajamkan MEMORI anak ini.

Anak anak kami suka sangat aktiviti MEMBACA sambil BERMAIN!  Memang menyeronokkan!

Oh ya, KAEDAH ini juga amat BERKESAN untuk seisi MENGHAFAL ayat ayat Al-Quran. Kesan selepas melakukan aktiviti ini AMAT MENAKJUBKAN.  Hafazan mereka juga jadi lancar tiba tiba.  SUBHANALLAH

Selalunya anak anak sendiri yang minta untuk lakukan aktiviti ini bila mereka sendiri rasa macam BOSAN atau terlalu susah untuk menghafal.  Just give them 5!

Ini antara set bacaan kegemaran anak anak kami.  Alhamdulillah dengan kaedah FONETIK yang diwujudkan mampu membantu anak anak kami untuk LANCAR MEMBACA seawal usia 3 tahun.



BERMINAT, boleh dapatkan di sini :http://on.fb.me/JRMP0q atau email kami di auladcolors@gmail.com

Thursday, 19 December 2013

Komforter Kanak Kanak

Puan Ros dari Shah Alam merupakan antara kastamer kami yang amat setia.  Alhamdulillah beliau amat berpuas hati dengan mutu kerja yang kami hasilkan.  La haula wala quwatailla billah...

Kali ni, puan Ros memberikan kebebasan kepada permata hatinya yang hebat untuk membuat pilihan fabrik/corak untuk komforter mereka masing masing.  Ha, cuba teka citarasa si abang cilik ni.

Jeng jeng jeng...


Bermulalah pencarian fabrik untuk di'matching'kan sebagai 'border' kepada komforter ni...  Tidak mengambil masa yang lama untuk buat pilihan fabrik untuk 'border'.  As you can see, we agreed to use blue polkadot as a border to this awesome Mc Queen's car.

Oh ya, kami menggunakan fibre yang mempunyai ketebalan 1" sebagai filling.


Kami suka memberikan yang terbaik untuk hasil yang 'awesome' Untuk binding, kami peruntukkan masa khas untuk 'hand-stiches' kelilingnya.


Ini pula pilihan si puteri puan Ros.  Ladang epal!









Alhamdulillah.  dah selamat dipos dan selamat diterima oleh puan Ros sekeluarga.
Terima kasih.  Terima kasih dan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan.
Kami doakan puan Ros sekeluarga sentiasa berada dalam peliharaan dan rahmat Allah swt

Thursday, 21 November 2013

Monday, 18 November 2013

Dinding rumah penuh dengan hasil kreativiti jari jari halus anak anak?  

Kami pun tak terkecuali.  Sudah banyak kali suami saya cat baru masa mula mula dulu. Setiap anak, berjaya meluahkan isi hati mereka di dinding putih yang terbentang luas. Kertas A4, pelan pun banyak habis dengan hasil kreativiti mereka.  Sejak dapat anak no 4, suami sudah berhenti daripada cat baru.

"Biarlah budak budak ni berkreativiti puas puas.  Nanti dah besar, diorang akan stop.  Nanti nantilah abang cat balik dinding dinding ni ye"

Dari usia berapa agaknya kita boleh mengajar anak anak menulis?
Sebenarnya anak anak tidak perlu memegang pen atau pensil untuk mereka belajar menulis. Mereka hanya perlu MELIHAT, MELIHAT dan MELIHAT orang terdekatnya menulis.  Dan proses ini sebenarnya bermula seawal anak ini berusia 3 atau 4 bulan.  Ya, bermula usia anak anak ini 3 - 4 bulan.

Terkejut? Unbelievable?

Inilah reaksi saya sewaktu membaca sebuah artikel di Google satu ketika dulu. Sebenarnya inilah kuasa otak yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk setiap umat Nabi Muhammad saw.  Pada usia ini, anak kecil akan cepat bertindakbalas dengan apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Apa sahaja yang mereka lihat, dengar, rasa, bau akan terus diserap melalui indera lihat, bunyi, rasa dan emosi.  Lebih banyak dan kerap sesuatu itu ditunjukkan, maka lebih kekallah ingatan mereka tentang sesuatu perkara.  Contohnya, anak anak ini akan lebih ingat tentang sesuatu 'cara' menulis, 'proses' menulis dan sebagainya.  Situasi inilah yang paling penting sebenarnya.

Untuk si kecil, 'tulisan' merupakan 'lukisan'.  Ya, 'lukisan' lebih bebas dan menggembirakan bagi anak anak kecil.

Kajian juga mendapati, dengan lukisan :
  • anak kecil rasa gembira dan enjoy
  • anak yang suka dan pandai melukis senang dijaga - mungkin kerana mereka pandai meluahkan perasaan mereka dengan hanya melukis
  • anak ini juga tidak mudah bosan
  • melukis juga meningkatkan daya kreativiti anak kecil
  • anak yang mempunyai lukisan yang baik, secara tidak langsung akan menghasilkan tulisan yang baik juga.  In shaa Allah
Kami percaya, kemahiran menulis adalah salah satu cara yang amat penting untuk membina idea.




Bangun tidur, terus minta pen nak tulis dekat kad imbas.



 Aktiviti anas sekarang, tulis dan padam pada kad imbas yang ummi dia hadiahkan.

Wednesday, 13 November 2013


Tahniah buat Hana & Masyitah

Didoakan anak anak ini menjadi anak anak yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat nanti

Tahniah juga buat guru guru yang banyak menyumbangkan masa dan tenaga demi mendidik generasi celik al-quran dan sunnah
 





Di tadika ni, banyak potensi diri anak anak yang berjaya dicungkil oleh guru guru mereka.  Hana & Masyitah merupakan wakil tadikanya dalam acara sukan di peringkat Selayang.  Bangga, terharu, terkejut macam macam perasaan bercampur sebab tak pernah sedar potensi mereka dalam bidang ni. Itu perasaan kami sewaktu diberitakan oleh guru mereka pada awal tahun dahulu.

"What?  Hana lari dalam guni?"
" Mesti Hana tak nampak jalan nanti" usik abahnya
(Hana agak kecil dan rendah orangnya)
Surprisingly Hana merupakan pelari terpantas dalam guni masa hari pertandingan tersebut


Masyitah pula mewakili tadikanya untuk pertandingan pidato.  Wow, kecil kecil lagi sudah didedahkan untuk bercakap di depan khalayak.

Subhanallah!
Situasi ini sebenarnya membentuk anak menjadi seorang yang berani, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam diri anak sekecil ini.
Bagi kami, tidak penting anak anak ini menang atau kalah dalam sebarang pertandingan.  Yang teramat penting ialah kehadiran kami untuk melihat mereka beraksi dan memberi sokongan padu buat mereka. Mungkin perkara ini nampak remeh di mata sesetengah insan.  Namun percayalah kehadiran kita di dalam majlis anak anak memberi impak yang teramat besar dalam proses perkembangan mereka apabila dewasa kelak.

Kami angkat tangan dan lambai waktu Masyitah berdiri di depan khalayak ramai.  Kami turut bersorak dan berlari waktu Hana dan Masyitah berlarian di padang menuju ke garisan penamat.  Sungguh kami amat hargai momen momen ini. Syukur Alhamdulillah

Sebenarnya, semua anak anak perlu diberikan peluang untuk mencuba pelbagai jenis aktiviti.  Lebih mencabar sesuatu aktiviti itu, kesan kemampuan yang terbina juga menjadi tinggi.  Secara fitrahnya kami percaya anak anak suka akan sesuatu yang baru dan mencabar.

Kita doakan anak anak ini selamat dan sentiasa di berada dalam peliharaan Allah swt


Sunday, 27 October 2013

Sedikit perkongsian daripada Seminar Business Startup yang diadaptasi daripada Syarikat Mindvalley yang bermula dengan peruntukan RM2000 tanpa berhutang dengan mana mana agensi dan kini sudah menjana jualan RM50 juta.


Pagi ahad, 27hb Oktober 2013 menyaksikan 4 orang panel hebat yang menyampaikan perkongsian mereka sewaktu lawatan berbayar mereka (RM995 seorang) ke mindvalley.  

Oh ya, sebenarnya.. saya mendaftarkan diri ke seminar ini adalah bagi tujuan membaikpulih perniagaan yang ada dan juga sebagai 'rewards' bagi diri saya sendiri.  Perkongsian yang amat baik dan menyedarkan saya betapa kaedah yang digunapakai dalam pengurusan mindvalley ini boleh juga diadaptasi dalam institusi keluarga kita.  Pengurusnya Vishen, menyediakan ruang perpustakaan dan juga persekitaran yang memberangsangkan bagi memudahkan timnya membuat sebarang kajian ataupun rujukan.  Beliau juga membina sikap membaca di kalangan tim tim beliau.  Ini dapat dilihat apabila tuan Zamri Mohamad (salah seorang panel) menunjukkan photo bagi setiap ruang kerja timnya, terdapat sekurang kurangnya sebuah buku di atas meja mereka. Apa yang menarik lagi, tuan Vishen ini juga  memberikan peruntukan yang tiada limit (unlimited budget) bagi buku buku yang diperlukan oleh timnya seandainya buku yang diperlukan tiada dalam perpustakaan mereka.  Ini memang amat hebat!

Kami seakan tersedar... Sewaktu mengandungkan anak sulung, 15 tahun yang lalu kami sentiasa adakan peruntukan bagi mendapatkan bahan bacaan bermutu atau alat bantuan mengajar untuk permata hati kami sebab kami percaya, dengan ilmu... anak kami mampu pergi jauh.  Namun sejak mendapat Anas (anak ke 5) kami tidak menyediakan sebarang peruntukan untuk mendapatkan pelbagai buku yang bermutu tinggi di pasaran.  Buku yang ada, kami gunakan untuk adik adik Nureen Afiqah. . (Mungkin sebab dah berhenti kerja di pejabat; Gaji bulanan dah tak ada)  In Shaa Allah kami berazam untuk memberikan peruntukan yang sebaiknya setiap bulan bagi mendapatkan bahan bacaan bermutu buat kami sekeluarga.

Sebenarnya, memupuk minat membaca merupakan hobi yang boleh dikategorikan sebagai "mahal" namun percayalah, hasilnya tidak ternilai.  Sejak dalam kandungan, kami sering membaca al-Quran atau memperdengarkan janin dengan alunan ayat al-Quran.  Antara koleksi buku yang masih ada adalah set buku "Allah Makes Series".



Kami bacakan pada Nureen Afiqah waktu usianya hanya beberapa bulan pertama lahir ke dunia.  Orang keliling mempersendakan tindakan kami. (Mungkin mereka tidak tahu akan impaknya) Sehinggalah pada suatu malam kami bawa Afiqah keluar (1 tahun lebih usianya ketika itu) "Umi, moon! star!" tunjuk Afiqah ke langit.  Dan pada usianya 2 tahun sudah mula membaca surah surah lazim dan doa doa harian walaupun dalam pelat bahasa dia.  Subhanallah.  Apabila mendapat anak yang seterusnya, tugas mengajar kami jadi lebih mudah sebab Afiqah menyambung tugas kami dengan membacakan buku buku kepada adik adiknya pula.  Kesan daripada pendedahan awal ini juga, kami dapat lihat Afiqah merupakan pelajar yang cerdas dan pintar.  Hingga kini, Afiqah (14 tahun) masih merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.  Alhamdulillah

Kajian menunjukkan, +8% lebih positif dalam kehidupan harian apabila mereka mengamalkan budaya membaca

In Shaa Allah kami akan sambung perkongsian ini dengan "Vision Board" pula.  Nantikan.

Wednesday, 23 October 2013

Mendidik Seorang Khalifah


Assalamualaikum wbr kepada para readers yang  dirahmati Allah swt dan dikasihi Nabi Muhammad saw

Buka facebook, banyak page yang menjual alat  pendidikan. Flash card Alif Ba Ta, Muqaddam Bergambar, VCD, mainan untuk minda, buku kanak-kanak dan lain-lain. Wah, menariknya, ada promosi pulak tu! Rasa nak miliki semua yang terbaik untuk anak anak.

Pernahkah anda  terfikir, apakah bentuk didikan asas yang anda mahu dedahkan kepada anak-anak yang masih kecil? anak anak yang merupakan masa hadapan negara kita?

Belajar mengaji dan hafazan?


Belajar solat dan asas fardhu ain?


Belajar mengenal huruf abc dan membaca buku?


Kemahiran  matematik seperti mengenal asas nombor dan perhitungan asas?



Atau SEMUANYA? Fikir fikirkan...

Syabas buat anda yang meraikan pendidikan awal untuk anak-anak.  Apa pun kaedah yang anda dedahkan kepada anak-anak, kuncinya adalah sabar. Jika anda telah berhabis beratus ringgit membeli itu ini untuk melihat kesan positif yang dijanjikan, tetapi hasilnya tidak seperti yang anda idamkan, maka sabarlah.  Kemahiran seorang kanak kanak itu adalah unik.  Ianya tidak sama antara individu.  Mungkin si G dapat hanya dengan sekali tunjukajar dan si B memerlukan 100 kali tunjukajar untuk mahir seperti G.  Si G mahir dari segi membaca namun si B mungkin lebih mahir dari segi visual ataupun matematik dan sebagainya.

Lain anak, lain kaedahnya dan tahap pencapaian mereka juga berbeza. Kenal pasti bagaimana anak anda belajar sesuatu perkara, contohnya dia lebih cepat faham jika melihat gambar, maka dia adalah visual learner, maka selitkan gambar yang sesuai ketika mengajarnya di rumah.


Fitrah anak-anak suka bermain dan tidak betah untuk duduk dan belajar.
Biarkan mereka bermain.  Bermainlah dengannya, sambil itu cuba selitkan didikan yang anda inginkan.

Alat bantuan mengajar, perlu ke?
===================

Cuba klik facebook anda, banyak tak page yang menjual alat bantuan mengajar?  Baguslah kerana seller seperti ini cuba memenuhi keperluan pendidikan kepada anak anak kita. Pastinya mereka juga seorang ibu yang ingin kongsikan manfaat produk produk tersebut.  Sebelum membeli fikirlah banyak-banyak kali, bayangkan anda tengah menggunakan produk tersebut pada anak-anak.  Buku buku ataupun alat bantuan mengajar yang berkualiti yang kita perlu peruntukkan untuk setiap anak anak kita sebenarnya agak 'costly'.  Namun itulah harga sebuah pengorbanan untuk melihat anak anak membesar dengan ilmu yang terbaik buat mereka hadapi kehidupan di dunia dan juga di akhirat nanti

Kalau rajin dan kreatif, boleh cuba buat sendiri di rumah. Google up!

Sekian. Didoakan anak-anak kita menjadi manusia yang berpendidikan dan bersifat khalifah, cemerlang di dunia dan juga di akhirat nanti. Aaminn.. aaminn. Ya Rabbal 'alamin